Thursday, April 30, 2009

♥Bermandi Manda♥

Im back.Yey.
Ape khabar semuaaaaaaa (hah..dah rase cam nak wat konsert plak..)
Syukur.Majlis Konvokesyen berjalan dengan lancar.Alhamdulillah..
Berikut adalah gambar-gambar malam sebelum konvo..
Gambar time konvo entry yang akan datang..
Inilah antara aktiviti bila berada di hotel.
Owh ye.Selama 2hari 1 malam di Port Dickson Deqda menginap di PD MARINA..

(^_^)

Dah lame giler tp giler aku tak de la smpai kene antar ke Tanjung Rambutan 2..
tak main permainan ni.Ala,time korang masih dalam kategori kanak-kanak ribena
mesti penah main benda alah ni.. (^_^)
Ini lah die Papan Jongkang-Jongket.
Rasenyer tak payah la deqda jelaskan permainan ini.
Korang mesti tau punye.. :-)
Aktiviti paling best...berendam dalam kolam..huhhuhu..
meh la join..lalalala..dan ditemani oleh..........
6 orang teruna-teruna...hihihi..
(mari pilih..mane yg berkenan di hati...hahahaha)

♥Award From Ayie♥

Thanks to Ayie coz bagi award yang sangat comel ni!!!


1. Anda seorang bintang?
Iye.Saya seorang bintang.Bintang hati kepada keluarga saya.hihhihi.lalala.
2. Berapa bintang penulis harus bagi untuk blog anda?
Erm...kang demand lebih2 tak de yang nak kawan ngn deq-da plak.. (^_^)
3. Adakah penulis seorang yang sombong?
Sombong???Erm...sombong 2 ape ek??hahahaha..penulis seorang yang peramah.
4. Dari mana anda mengenali blog penulis?
Adui..kene recall balik ni.Jap ek (lepas 5 saat duk garu kepala..) hihihi..tak ingat la...
5. Anugerah ini ada berapa warna?
Ia ade kale yang berwarna;black,white,yellow and blue.

Tuesday, April 28, 2009

♥Away Seketika♥

..sorry guys..
..nak mintak kebenaran away untuk seketika..
..korang kasi eh?..
..coz aku nak mencemar duli hadiri Konvokesyen
(hahahaha..angkat diri cam Raja plak)..
..be right back on Wednesday..
..2 hari aku akan ke Port Dickson,Negeri Sembilan..
..(mesti korang rindu kt aku nantikan)..
..(weh!!perasan tol la..sape la yang sudi rindu kt deqda ni..lalaala)..
..bye..bye..ta..ta.. semua~ :-( ..
..korang jage diri baik2 tau..
..nanti balik InsyaAllah aku update gambar byk2..
..Ok sayang? (^_^)..
..erm,aku tinggalkan korang dengan video ni..
..kenapa tinggalkan video ni ek??..
..sebab aku suke tengok dak ni..
..sweet+somel..
..pastu kepala aku pun ikut geleng2 cm kepala dak ni..
..hahahaha..

video

Monday, April 27, 2009

♥Nasi Goreng Kucing♥

p/s : sayangi lah binatang yang ada di dunia ini.Bagi sesiapa yang lemah semangat 2 di nasihatkan jangan la tengok video di bawah ini.Ok.sayang.

video

♥Ketemu Jua Akhirnya♥

Setelah lebih kurang 3hari mencari...Akhirnya penulis ketemu jua kasut untuk hadiri majis konvokesyen.Penat+geram+sabar=berbaloi...Ye.Inilah emosi yang muncul untuk cari kasut ni.Penat mencari kasut yang kena menepati kriteria majlis,geram bila kasut dah jumpa tp tak ada saiz (saiz kasut penulis 38..ha,besar nya kaki..hahahaha), pastu mencari kasut yang wanted 2 penuh dengan kesabaran!!!Dan akhirnya..jumpa jugak!!!Yey...sukanya!!!Ok.Penulis tak nak bebel panjang lebar+merepek-repek.Ni la kasut baru penulis.


What???Terompah??Ishk...Aje gile tol..Wei,confirm kene halau kalau pakai terompah ni time konvo!!Sure punye la..hahahahaha...Tak berbaloi 3hari semata-mata cari terompah ni??? Ek e le...Mesti korang cakap "tipu tol la deqda ni"...Lalalala..Hihihi..ala tipu sikit je.. (^_^) Erm...Ok la.Memo yang penulis terima perlu pakai kasut putih.Pusing punya pusing satu pekan Seremban.Inilah hasil yang di temui nya.Kali ni tak tipu..Ni kasut original yang akan penulis pakai time konvo nanti.



Amacam???Sexy tak kasut ni?? (^_^)
p/s : cuba cari kasut boot putih..ada memang ada tp saiz budak-budak.So,kepada pereka kasut di seluruh dunia,korang buat la kasut boot putih banyak2 ye..Buat jangan tak buat!!!

Sunday, April 26, 2009

Ahmad Alliff Bin Anuar Mokhtar

Siapa pemilik nama ini??Jeng..Jeng..Jeng...
Sila lah teka??Ha..xdapat?? (hehehe..mestilah tak dapat nak teka coz budak ni bukannya popular pun)
Ok.Biar saya kenalkan.Dia ni kire bukan pakwe saya mahupun sugar daddy saya..lalalala.. (O_o)
dia ni adik angkat saya (adakah dia anggap saya kakak angkat dia??..hurm...).. (^_^)
Kami kenal di Kafe Politeknik Port Dickson (PPD) (^_^)Erm..Kenapa di Kafe??sebab di situ lah tempat mencari makanan untuk perut saya ni (food is my passion).Lalalala...
Time tu saya sem 6 dan dia sem 1..kami just senyum2 dan berpandangan sesame sendiri..masing-masing malu nk mulakan bicara.. (hoh...bapak skema punye ayat)

Erm..tapi bila budak ni dah masuk sem 2..perangai die dah lain..dia dah mula berani membuli saya!!Iye.Ishk...ade ke patut dia and geng tahan basikal saya (saya memang ke class bawa basikal...hihi..) semata-mate nak mintak nombor phone saya..Aje giler tol budak -budak nie...nasib baik saya tak jatuh dari basikal!!! (^_^) Saya pun bg je..bukannya luak pun klau bagi nombor phone..hahahaha...

Kalau nak di ikutkan banyak lagi nak cerita.Tapi saya dah malas nak taip pasal budak nie lagi.Kang bertambah popular dia dari saya...(sebenarnya alasan nak lepas diri coz dah tak de idea nk kutuk dak ni)
Tengok je la aksi-aksi cumil dia nie (ops..cumil ker???)

Ha..yang ni pose yang sama tapi tempat berlainan (^_^)

Lalala..suke pic nie sebab botak itu sungguh menggoda..hahahaha

Ele..sibuk je nak tayangkan lesung pipi die..!!

Macam kene senyum paksa je..hahahahaha

Ops..pic terakhir nie adalah candid ye!!!Mereka semua teruna yang dambakan belaian seorang wanita (hahaha..amboi..ayat punye la menggedik dan meloyakan betol!!)

Mereka ni adalah Best Friend (eh..yeke Best Friend??ah..lantak la..saya teka jer..huhu) dan mereka nie boleh buatkan Pipi Comel saya kejang..hahahahaha..kejang coz mereka ini buat lawak sengal siput... Kire boleh masuk Raja Lawak.. (^_^) Dan yang penting kami boleh cakap ape aje tanpa batasan (^_^) sayang korang semua (o_O)

..Ok.Anda boleh kutuk sekarang..hihihi...

Kucing Oh Kucing

Penulis akui memang takut haiwan yang sekor ni.Tak lain tak bukan K.U.C.I.N.G!!Sebab ape takut??Erm...sebab penulis pernah di cakar dengan kucing tanpa sebarang sebab!Hihihi...kucing tu dengki kot tengok kulit penulis yang gebu nie (hoh..perasan tol!!!)

Dan tiap kali makan kat restoran mesti ade je kucing yang datang menggoda di kaki penulis.Ishk...geli tau..dan untuk pastikan perkara ini tak berulang,penulis akan bersila di atas kerusi sambil makan (hihihi..hope tak de la golongan emak2 yang bace entry ni,coz kalau mereka terbaca mesti di reject terus!!Ha.Yela.Reject tanpa di interview utk dibuat menantu.OMG.Bersila atas kerusi??{ishk..ishk..ishk..mari geleng kepala ramai-ramai } )

Ok.Dipendekkan cerita(penulis malas nak cerita panjang..sebab malas nak taip panjang lebar..{takyah la bgtahu kan..} ) Penulis dalam proses berusaha untuk mendampingi kucing yang sedia ada!!Ye.Dalam proses..mungkin mengambil masa sikit untuk mengenali kucing -kucing ini.

Tak percaya??Erm...video di bawah ni telah membuat penulis ketawa dengan aksi2 nya.Jom!!

video

p/s : kucing juga merupakan haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w

Saturday, April 25, 2009

Adakah Cinta Perlukan Sebab?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata,“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu."

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab?

Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang.
Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….

Friday, April 24, 2009

Pulut Kelapa Baiduri

Petang semalam saya ke rumah Mak Long.Saja nak jalan+singgah menyinggah kejap.Lagipun rumah dia tak la jauh mana dari rumah saya.Erm..adat bertandang..tuan rumah mesti buat hidangan sikit kan.Jadi Mak Long saya ni hidangkan la pulut kelapa.Peh...sedap!!!Kalau makan rumah orang tak kenyang... (^_^) jadi saya cakap kat emak...

Saya : Mak,nanti kite buat pulut tu ek..Sedap ar.. (pada hal kan dah lama tak makan pulut ni)
Emak : Ok.On.Nanti pergi beli barang2 nya.
Saya : Yey.. (time nie sungguh teruja!!)
Bla...bla...bla...bla...

Barang pun siap di beli.Erm..barang nye simple je...Pulut,kelapa dan santan...
Jadi inilah hasilnyer...Pulut Kelapa Baiduri..

Sorry.Gambar tak berapa nak menggiurkanlah.Tapi yang pasti saya suka makanan ini.Siyes tau.



Ishk.Siapakah pemilik tangan ini??Berani-berani mengambil tanpa izin.Erm...mungkin bau dia amat mengiurkan hingga terliur . (^_^). Ops..bukan niat nak puji masakan sendiri walaupun memang begitu pun niatnya.hihihihi...Ok.Ok.Kalau orang lain buat pun sedap gak.


Ha.Kalau nak lagi sedap..bungkus la dengan daun pisang yang dah di layur dengan api.Saja letak nama Baiduri coz nak bagi makanan melayu ni nampak cam standard sikit.Hihihihi.

Award Lagi

waaa...yeeeeeee haaaaaaaaa!!ops...terover plak..hihihihi
dpt award lagi!!!
rezeki rezeki rezeki...
hahahaha...
thank you so much to
atas anugerah yg sangat cute miut ni :)
much appreciated (^_^)


disini, DeQ-Da nk bagi award ni pada semua blogger dan kwan2 DeQ-Da ok.
thanks for support DeQ-Da yang masih "segar" lagi dalam dunia blogging ini!
thank you so much~korg ambik la ye.
jgn malu2. (^_^)

Award

Seronoknya saya hari ini...kerna dapat award dari blogger yang pemurah... (^_^)
Ucapan ribuan jutaan TERIMA KASIH kepada mereka-mereka yang telah memberi hadiah yang tak ternilai harganya (^_^)

Award dari Encik Azizan.
Award from Miss Mar ~*~ ThRouGh ThE EyeS ~*~



Award from Cik Sara ♡ d ChRoNicLeZz ♡

Thanks to My Blog is My Home, Cik Ekino dan awrml kerana telah memberi saya award.



Terima Kasih Semua!!! :-D

Thursday, April 23, 2009

IF....I Die 2nite...

If I die tonight
You know we'll be alright
Just smile for me Reminisce the fond memories I spend the last day,
I don't know Try to do a million other things
Hoping somehow time will slow
I guess what I'm trying to say is
Take everyday like it was your last
And work towards your dreams before you pass
And have a blast while you're at it
'Cos we don't know when we're gonna go
So make the best of it
Just keep it real to yourself And to all people,
if y'all lost somebody before
Remember they'll be to see you Well,
if I die tonight
I wonder where I'll be tomorrow Nobody cry, please push away the sorrow
Cos I have been the best of girl
The best of friends
The best of mum and daddy's last daughter
The best of anything
If I die tonight
Will I be forgiven For all the people I've been slackin' with when i was livin'
Those who I've hurt their hearts
Took advantage of and even lied to Hug you one last time for forgiveness Yea,
I would like to
If I die tonight
Would you feel the loss Tomorrow would you dial my number by accident
And then suddenly paused
If I died tonight
What wouldcha think of my room
When you see blue Wanted to clean it up this morning
But then I never knew Your loss taught me not to take my friends for granted Misunderstandings gotta slam them quick Death you never plan it
You're sorrowly missed down here Warwin rest in peace
This too shall pass
But our true friendship will never cease Love
Hi5 Emoticon

Wednesday, April 22, 2009

Perhatian Semua

Hi5 Emoticon

Hi5 Emoticon

Korang.Aku sedih...cuba tengok blog aku..aduh...tunggang langgang jadinya!!!Aku pun tak tau la apa yang aku wat..Ubah sana ubah sini..Tengok ape dah jd!!!Ishk...Kan dah kene repair balik...



Tension seh!!!

Hi5 Emoticon

Hi5 Emoticon

Hi5 Emoticon

Happy Birthday Robi Yaton

Happy Birthday kepada Robi Yaton Yusof yang ke-22 tahun (wei beb...umur dah tua..lalalalala). Die ni merupakan ex-romate aku semester 5 dan 6 (setahun bersama) di Politeknik Port Dickson. (ye..kami ex-student poli kos akaun) (^_^).. Dia ni la kawan merangkap musuh aku.lalalalala.Apa-apa pun (erm..cm rancangan apa-apa aje plak) dia ni la mesin ketawa aku..Mana tak nya,dia ni suka buat aku ketawa dengan idea lawak spontan dan sengal nya.hihihi.

Kepada Abby (nama timangan dia) selamat hari lahir beb!!!Aku doakan moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Moga berjaya capai apa yang dihajati dan paling penting cepat kawin.Mak ai...suka hati aku je suruh kawin cepat-cepat... (^_^)


Korang-korang,aku nak cerita perkara yang sebenarnya ni.Time birthday si Abby ni tepat pukul 12am..aku tak mesej pun dia.Ha,apa lagi nak call.Korang nak tau pasal apa???

Huhuhu..ini semua gara-gara kehabisan kredit!!Ye.kredit aku habis dan lupa nak topup (ops...boleh terima ke alasan lupa nak topup ni??lalalala) Dan birthday girl yang call aku..hihihi..maklumlah dapat kredit free!!!


p/s : tak guna pakai phone mahal-mahal tp kredit tak ade!!!.. (^_^) Ape kes???sendiri mau ingat la..hahahahaha..To Abby...beb,sori ye..patutnya aku yang call ko,tp terbalik plak..
Anyway thanks for being my friend!!!

Tuesday, April 21, 2009

Find The Baby

Jom kita tajamkan penglihatan dengan mencari BABY yang tersembunyi di dalam gambar ini.
Adakah anda menemui nye??? (^_^)

Tahniah kepada yang berjaya meneka..kepada yang tidak berjaye teruskan pencarian anda...

Monday, April 20, 2009

Gigi Palsu

video

p/s : video ini tiada kene mengena dengan sesiapa saje...Hanya gurauan semate..Maaf kepada yang terasa..Ok kawan-kawan... (^_^)

Saturday, April 18, 2009

3

Kenapa tajuk di atas adalah 3 ye?
Erm...Ia bukan lah nombor ramalan untuk hari ini...lalalala...
Ia adalah kerana angka ini lah yang telah mewujudkan pelbagai emosi dalam diri aku!!!
Iye...kerana angka ini telah membuatkan aku marah dan menangis!!!
Ishk... (^_^)
Ha...mane aku tak marah dan menangis,aku terpaksa tunggu selama 3 JAM beb!!!
Ya Allah..tak penah aku menunggu selama itu..
Jangka waktu yang paling lambat penah aku tunggu pun lebih kurang 5-10 minit..
ha,itu pu sudah cukup untuk membuatkan aku jadi larva yang sedia untuk meletup!!!
(klau nak tengok aku jadi gunung berapi buat la aku menunggu lebih lama)
Tolonglah hargai masa!!
Banyak lagi keje yang boleh di buat selama 3 JAM tu selain menunggu!!!
Please,please and please be punctually...

Temuduga


"Ya Allah Ya Tuhan Ku,kau permudahkan lah untk aku jalani temuduga ini"
amin...

Sewaktu entry ini di coretkan,waktu menunjukkan pukul 4pg..ye,aku masih berjaga tika ini!!Mungkin di sebabkan aku terlalu memikir akan temuduga bagi kemasukan ke
Universiti Pendidikan Sultan Idris (perakaunan)

Adoi..seram sejuk perut aku ni..Aku akan buat yang terbaik
(klise tol la statement aku ni) hihihii...

Aku akan ke Sekolah Kebangsaan Panchor Seremban untuk hadiri temuduga ini pada pukul 9pg.Tapi arahan meminta datan$g setengah jam lebih awal.. (O_o)

Kawan-kawan semua..doakan aku ye...

p/s : walaupun cita-citaku bukan untuk bergelar seorang pendidik..
tp aku rase tak salah klau mencuba..mane tahu dan siapa tahu,aku akan jatuh cinta untuk bergelar pendidik/pensyarah/ce egu (^_^)

Friday, April 17, 2009

Ade Ke Lelaki Macam Ni Sekarang?

Tajuk di atas bukan niat untuk memperlekehkan golongan kaum ADAM (^_^) ye..
Bace dulu makne di sebalik ayat-ayat ini..
*Saya suka tengok jari awek saya*
*Cantik betul*
Sungguh!
*Sampai takut nak pegang*
*Bukan takut patah*
*Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa*
*Saya suka tengok rambut awek saya*
*Cantik betol*
Sungguh!
*Sebab tu saya belikan tudung*
*Bukan sebab jeles orang lain tengok juga*
*Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever*
*Saya suka tengok body awek saya*
*Cantik betol*
Sungguh!
*Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya*
*Saya pun tumpang dapat pahala*
*Pheh syoknye*
*Saya sedih tengok awek saya Tak tido,tak makan rindu kat saya*
*Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama*
*Die tanya apa ubatnya?*
*Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa*
*Semoga lebih cintakan Nya dari saya*
*Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau*
*Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya*
*Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu aper pun*
Berdosanye saya
*Kesimpulannya saya memang sayang dia*
*Nak jumper die giler forever..Yang forever punye forever..Di dunia dan akhirat terutamanya*
*Janji nak share heaven sama-sama*
Bahagia selamanya
*Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti*
*Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni*
*Semoga kami menginsafi diri*
Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...
P/s - andai anda seorang wanita muslimah..Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu..Then kalu anda seorang muslim..Apa kata tanamkan dalam hati camtu..Cinta tu anugerah Allah..Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye..Semoga saya pun ambik iktibar gak..

Minah Rempit Junior

Tajuk di atas saja mau bikin gempak..tp aku tak pasti ar korang gempak ke tak...agagaga (^_^).

Ok.Ok.Arini nak share tentang video ni.Kalau korang tengok ape yang korang rase?Ape..rase sedap... Hi5 Emoticon

klau aku,aku akan jadi tersangat MARAH!!!Hi5 Emoticon

yela...tak ke sakit ati,jantung,hempedu dan semua organ dalaman bile orang sekeliling hanya pandang je budak yang terbabas 2 tanpa ade rasa ingin membantu..mereka boleh buat aksi bodoh,bangang,sengal dan sebagainyer..hihi..malas nk maki-maki..kang tak pasal-pasal blog aku kene banned..waaaaaaaaaHi5 Emoticon

ishk...si lelaki yg bawak budak 2 plak tak terfikir ke matikan enjin 2 dulu..ni tak..dibiarkan jer enjin tu hidup dan tengok ape jadi!!

Dan aku tertanya-tanya..apakah ade lagi masyarakat seperti yang ade dalam video ni??

Hanya memandang sesama sendiri tanpa hulurkan bantuan!!!

video

Thursday, April 16, 2009

Kejutan Tengah Malam

Cerita bermula dengan . . .

(h/phone aku menunjukkan ade 5 missed calls)

Aku berdebar-debar siapakah yg membuat missed calls lebih 3kali ni (ececeh...mcm tggu pengantin lelaki nak sampai plak..hahaha)Hi5 Emoticon Aku terus menekan punat di h/phone aku secepat yg mungkin untuk mengetahui siapakah gerangan yg membuat missed calls ni Hi5 Emoticon

Ha..die nie la yang telah menghuru harakan h/phone aku dengan missed calls dan buatkan aku tertanya-tanya!!!Name die Alliff,junior satu tempat blaja dengan aku.

Then,aku call la die nie Hi5 Emoticon almaklum la..dak ni tau wat miss call jer.. :-)

DeQ-Da : Assalamualaikum.Hello

Alliff : Waalaikumsalam.Balai Polis Senawang.Boleh saya bantu??

Ha.Aku yang call patut aku yang tanya.Ni tak.Erm..aku layan je la dak nie. Hi5 Emoticon

DeQ-Da : Saya nak laporkan kehilangan barang penting.

Alliff : Boleh Cik.Ape yg hilang 2??

DeQ-Da : Selipar jepun saya hilang. (ade lagi ke selipar Jepun sekarang nie??)

Lame die senyap...Aku fikir mungkin die blur untuk fikir ape nk di cakapkan..agagaga Hi5 Emoticon

Alliff : Kak kat ner??

Perbualan kehilangan selipar jepun stop kat situ jer.. (^_^)

DeQ-Da : Kat umah la.Nape??

Alliff : Kiteorang nak datang ni.Leh ker??

DeQ-Da : Nak datang??Bile?

Alliff : Sekarang nie la.

DeQ-Da : Biar betul.Jangan memain.

Alliff : Ye.Akak siap la.Nak bawak kuar p makan.

DeQ-Da : Ok.

Panggilan dimatikan and aku pun bersiap. Hi5 Emoticon

Selang setengah jam,diorang nie tak sampai2 lg.Ishk.Ni nk wat lawak tengah bulan April ke ape..jgn nk memain plak..aku dah panas je kt umah tggu diorg nie Hi5 Emoticon
Aku call and tnye lokasi diorg..Jeng..jeng..jeng...rupenyer mereka tersesat la..Aiyo ai..
Aku pun bg la direction menuju puncak..eh,silap..menuju ke rumah aku.. xpayah la aku describe kan,kang panjang entry nie..tp aku rase mmg dah panjang pun.. Hi5 Emoticon
So,diorang smpai pukul 12tgh mlm. Kami pun kuar la p mencekik smpai kul 1pagi.
Aku diserang oleh kentang-kentang goreng ini. (wei..korang buli akak!!dah la on diet nie..)
Aksi suap menyuap Hi5 Emoticon

Ha..muke puas makan kentang!!!

Ewah..share minuman plak..

my mum mesej..balik cepat..!!! Hi5 Emoticon

Muke cm kene pkse makan ubat Hi5 Emoticon

korang peratikan kat mulut aku 2..ishk,suap pun smpai tumpah2..

p/s : ni la 1st time kuar makan tgh malam dengan lelaki... (^_^)