Monday, May 25, 2009

♥Demam♥

Assalamualaikum kawan-kawan semua...
Maaf ye coz agak lama saya tak update blog...
saya demamlah.
mula2 pening..ha ni la simptom2 nak DEMAM!!!alahai...
tup tup, sakit tekak plak..pas ni mesti selesema plak..
adehhhhh!dan saya sangat tidak bermaya..
So..kawan2 semua doakan saya cepat sembuh yer..
makin ramai yang doa makin cepat sembuh la sakit saya ni..
yey..pas dah sihat leh la update blog ni..
(^_^)
Ya Allah,berikanlah kekuatan pada hamba-Mu ini!

Saturday, May 23, 2009

♥Gambar Anak Erra Fazira♥

Pada petang tadi, telah berlangsung majlis aqiqah dan cukur jambul anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. Ini adalah kali pertama wajah Engku Aleesya diperkenalkan kepada umum. Disaksikan 500 orang saudara mara, rakan kenalan dan media, majlis pada siang tadi berjalan dengan lancar. Sebab nama Engku Aleesya dipilih menurut Erra, kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu `yang dilindungi’.

Engku Aleesya Binti Engku Emran selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perubatan Damansara di sini pada pukul 11.40 pagi, 30 Mac lalu.

Inilah wajah anak kecil yang menjadi rebutan paparazzi Malaysia..Untungnya..kecik2 lagi dah popular.. (^_^)Inilah saya...Engku Eleesya Bt Engku Emran
Kegembiraan seorang ayah..Selamat Hari Bapa Engku Emran =.=
Lihatlah mereka2 yang ghairah nak ambil gambr baby ni
Eleesya+Emran+Erra....3E!!!Tahniah!!! Semoga bahagia dan di lindungi sentiasa.

p/s : Dijangka esok, wajah anak comel Erra Fazira ini akan terpampang di muka depan dada akhbar dan majalah...Alahai, comelnya anak Erra Fazira…

♥Kita Semua Tempayan Retak♥

bg sesiapa yang tidak tahu..inilah dia tempayan...
Ada peribahasa yang berkait dengan tempayan ni...
cuba korang teka... ^_^
ye..pandai...
MULUT TEMPAYAN..
maksud nya mereka2 yang tidak boleh menyimpan rahsia..
=.=
ishk...buruk kan perangai cenggitu..
huhuhu..
Ops..aku bukan nak terangkan makna2 peribahasa melayu nie..
coz aku bukan nya pro sangat!!
kene rujuk pada yang pakar... ^_^
Hek e le...aku ni nak kongsi cerita..cerita ni bersangkut paut dengan tempayan..
Inilah kisahnya......

Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar.Masing2 bergantung pada kedua hujung sebatang kayu.Yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak.Sedangkan satu lagi tidak.

Tempayan yang tidak retak itu selalu sahaja dapat membawa air yang penuh sepanjang jalan dari mata air ke rumah majikannya.Manakala tempayan yang retak itu hanya dapat membawa setengah air sahaja.

Dan tempayan yang tidak retak itu merasa bangga akan prestasinya kerna dapat melaksanakan tugas dengan sempurna,lalu menyebabkan si tempayan retak malu akan ketidaksempurnaan dirinya dan merasa sedih kerana hanya dapat membawa setengah air sahaja daripada yang diperlukan majikannya.

Setelah dua tahun merasa rendah diri akan kekurangan diri,tempayan reak itu berkata kepada Si Tukang Air…

“Saya sungguh malu pada diri sendiri dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”

“Kenapa kamu merasa malu???” Tanya Si Tukang Air.


“Selama 2 tahun saya hanya mampu membawa setengah air sahaja. Saya sepatutnya membawa lebih air tapi di sebabkan terdapat retakan pada sisi telah membuakan ia kebocoran sepanjang jalan menuju ke rumah majikan.Kerana kecacatan ku ini telah membuatmu rugi. Kata tempayan itu”

Si Tukang Air merasa kasihan kepada Si Tempayan retak itu seraya berkata, “Esok aku ingin kamu perhatikan bunga2 indah di sepanjang jalan menuju ke rumah majikan”.

Benar,ketika mereka menaiki bukit,Si Tempayan Retak menyedari akan adanya bunga2 indah di sepanjang sisi jalan tersebut dan membuatnya sedikit terhibur dengan pelbagai bunga yang ada di situ.

Namun pada akhir perjalanan,ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor dan telah meminta maaf kepada Si Tukang Air akan kegagalannya menjalankan tugas dengan sempurna.

Si Tukang Air berkata kepada tempayan itu,

“Adakah kamu memerhatikan adanya bunga2 indah di sepanjang jalan sisimu tapi tiada bunga disepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu???”

“Ya,aku menyedari akan kewujudan bunga2 di sisi jalan ku tetapi tidak di sisi jalan tempayan yang tidak retak itu”.

“itu kerana aku menggunakan kekuranganmu itu dan memanfaatkannya.Aku telah menanam benih2 bunga di sepanjang jalan di sisimu.Dan setiap kali kita berjalan pulang dari mata air,kamu telah mengairi benih2 itu.Selama 2 tahun aku telah memetik bunga2 tersebut untuk di hias di rumah majikan kita.Lihat saja rumah majikan kita makin". Jelas Si Tukang Air itu.

p/s :
Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita sendiri.Kita semua adalah tempayan retak,namun jika kita mahu, kita mampu membuat kekurangan yang ada kepada kelebihan. Di mata Allah yang bijaksana,setiap anugerahnya tidak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan ketidaksempurnaan diri sendiri.Kenalilah kekurangan diri dan kamu akan menikmati setiap keindahan yang Allah berikan.

Ketahuilah…

Di dalam kelemahan…

Kita menemukan kekuatan yang ada dalam diri sendiri
(^_^)

Thursday, May 21, 2009

♥1,2,3,4,5,6♥

Tajuk cam nak mengajar kenal nombor jekan..Sebenarnya ni la tag yang paling tough yang deqda dapat...peh..payah tol den nak buat...hihihi..lomah otak den ni nak siapkan soalan2 nya...PEACE...ha..kan dah kuar loghat nogori nyo!!!

*Satu*
Copy gambar amal islam di atas...Kemudian pilih 10 orang dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama..Itu sahaja, senang dan mudah kan??? =.=

PERHATIAN!!!deqda nak semua followers dan mereka2 yang meninjau blog ni,sila la ambil gambar ini ye...

*DUA*
Anda perlu printscreen wallpaper yang anda sedang guna sekarang


Inilah wallpaper yang ingin dipopularkan!!

Bagitahu kenapa anda suka wallpaper tersebut
suka sebab terpaksa..hehehehe..actually laptop kene repair..pastu time dapat wallpaper ni yang digunakan..so guna je la..walhal den maleh nak tukar!!!

tag 10 orang..
ala,deqda tengok kebanyakkan dah pernah buat la tag nie..so,kepada sesiapa yang tak ade 2..hah,xreti2 lagi..buatlah!!! ^_^

>>erm...deqda dah pernah jawab tag nie..takpe2..minggu nie mood deqda agak baik..so nak jawab lg sekali la...hihihi<< *TIGA*
adakah anda rasa anda HOT?
hurm...ye..saya memang HOT..seperti HOT CHOCOLATE..huhuh

upload gambar kegemaran anda

kenapa anda suka gambar ini?coz inilah masa kami adik beradik dapat bersama..eh..apahal ayat sedih je nie..lalalala..yela..mane taknye,adik2 dah besar panjang..so susah nak tau schedule diorang ni..gambar ni nampak so SWEET!!!

bilakah kali terakhir anda makan pizza?
kalau PIZZA HUT time date dengan EX-BF 2tahun dulu :( ha..tapi kalau piza yang kecik2 u minggu lepas xsilap =.=

lagu terakhir yang anda dengar
SEMPURNA_ANDRA & BACKBONE=akhir2 nie suke bebenor lagu nie..

apa yang anda buat selain buat tag ini?
mesej dengan scandal2...hahahaha...xla,tipu aje.. =.= deqda cek email...

*EMPAT*
senaraikan 5 hadiah yang anda impikan dan alasan terhadap pilihan tersebut
-tiket penerbangan_coz deqda suka CUTI2 MALAYSIA
-laptop_erm..sekarang ni laptop makin cantik..rambang mata nak pilih
-baju_ha..deqda bukan la obses tentang fesyen..tp suka tinjau2 baju yang cantik di mate ini..
-rumah_xkira la besar ke kecik janji hiasan dalaman rumah adalah idea deqda..moden kontemporari!!
-perfume_nak wangi sentiasa!!!

5 impresi kepada orang yang diminati
oit..soalan ni ambil masa nak fikir la...erm..erm..erm..ala,tak de idea la..lalalala..

5 ciptaan yang paling disukai
-manusia_ciptaan paling agung dari ALLAH..speechless+SUBHANALLAH
-alam semulajadi
-7 keajaiban dunia-kartun+robot+karikatur
-mesin

5 perkara yang dibenci
-arghhhh..benci bila kena tunggu!!
-arghhhh..benci mereka2 yang tak amanah
-arghhhh..benci mereka yang tak reti2 nak bayar hutang..huhuhu
-arghhhh..benci mereka yang menilai melalui rupa paras semata!!
-arghhhh..benci manusia2 yang menghina keluarga aku..wow..pantang beb!!! (^_^)

*LIMA*
Saya takkan hidup tanpanya
-nyawa
-Al-Quran dan Hadith
-agama ku ISLAM
-makanan+air

apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
beli bahan bacaan bulanan DARA.COM murah je..RM 5.00

dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
buat kat rumah je la...tapi kalau ade rezeki nak buat ala2 wedding garden..hohohoho

berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
erm...tak pasti la..tp harap selama2 nya!!!

adakah anda dilamun cinta?
dengan yakin mengatakan TIDAK!!! =.=

dimanakah restorans terakhir kamu makan malam?
di Restoran Anothai Dataran Senawang ^_^

namakan buku terakhir kamu beli buku
novel karya ALAF 21..tp tak ingat la tajuknya..hihihi

apakah nama penuh kamu?
ROSHAIDA BINTI ROSLAN_nama seperti dalam surat beranak,I.C,dan lain2 lagi... hihihi

kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
50-50 la..depends pada pertolongan yang nak diminta... =.=

sebutkan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup
teringin sungguh untuk berjumpa dengan Muhammad Sallallahu 'Alaihi WasssalamSeorang Kekasih agung,sahabat Sahabat sejati dan Pencinta ummah..

sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu
deqda ada ramai kawan rapat...lebih dari yang 8 tu..sayang mereka semua!!!

Adakah kamu mencuci pakaian kamu sendiri?
ye..saya cuci pakaian sendiri dengan menggunakan washine machine...lalalala..saya sungguh rajin kan???

tempat yang paling seronok kamu mahu pergi...
Pantai..suka tengok sunset time senja

pelukan atau ciuman?
Pelukan_ia lebih menghangatkan..lalalalala

butirkan 5 perkara orang yang tag kamu
-menggunakan header lilin
-seorang yang peramah.. ^_^
-suka dengan bunga mawar
-suka membaca
-jom la singgah blognye http://ayaimaninside.blogspot.com/

8 perkara yang amat saya gilai
-blogging2
-jalan2
-makan2
-tido2
-cakap2
-kutuk2
-gelak2
-kaco orang!!!

8 perkataan yang sering diucapkan
-ALLAHUAKBAR
-salah plak...
-jap ye...
-ye sayang..
-kuang ajaq...
-senget tol...
-orite..
-ntah ler...
-alahai...

8 buah buku yang paling terbaru di baca
ala..baca 1 buku jer..2 pun tak ingat tajuknya

8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali
-SEMPURNA_ANDRA & THE BACKBONE
-TERLANJUR CINTA_ROSSA vs PASHA
-GAGAP_STACY
-HAZAMI_KIBLATKU
-HIJJAZ_DIA KEKASIH ALLAH
-SYURGAMU_UNGU-TENTANG BULAN_FATINNUR AFIFAH
-SHITTY DAY_SOKO

8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
-belajar sungguh2
-belajar hormati orang lain
-sayang diri sendiri walau ape pun keadaannya
-berjimat
-jangan terlalu percaya kat orang-jangan jadi orang tengah
-ikut peraturan _=_
-jaga kelakuan

*ENAM*
Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
DeQ-Da_sebab nama manja time kecik2...

Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://slanshida.blogspot.com/_ia adalah nama gabungan antara saya dan ayah.. ^_^

Apakah method penulisan dalam blog anda?
rasanya carca marba kot...macam2 nak tulis..kira luahan hati..tak kira la happy ke moody ke... =.=

Pernah terasa nak hapuskan blog anda?
buat masa sekarang tak de lagi la

Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang TAG anda ini?
beliau ni seorang yang agak agresif dalam meng-update kan blog nya...hihihihi

...yey dah habis...peh...penat sungguh menjawab!!!

Sekarang,dengan menggunakan kekejaman saya,saya dengan ini mengumumkan 5 orang yang bertuah

Oh, sebelum itu, biar saya nyatakan kenapa saya pilih anda
>>saya suka baca blog anda<<
>>anda seperti kebosanan sejak kebelakangan ini<<
>>nak tahu lebih tentang anda<<
>>sengaja menunjukkan kekejaman pemurahnya saya<<
dan mereka yang bertuah itu adalah...
mereka2 yang jadi FOLLOWERS2 saya dan silent reader!!!
ada bran.....iiiii???
hihihi ape..tak tau nak buat yang mana?
buat semua, boleh?
haha...selamat ber'tag dan selamat memerah otak..
hihihih saya tahu saya kejam, tapi israel lagi kejam..
kejam kah saya bila saya memberi peluang untuk anda reflek diri?
Occay..sebenarnya saya tersangat2 baik..super duper baik tau...

Tuesday, May 19, 2009

♥Betapa Kerdilnya Kita♥

Betapa kerdilnya diri kita
Pernahkah Anda membayangkannya?
Pada waktu benda-benda di angkasa ini diperbandingkan....
betapa kecilnya bumi dan kita para penghuninya.....
Jagad raya yang sangat besar dan.......

Dalam skala ini bumi kita tidak kelihatan lagi

Di sini matahari hanya sebesar debu! Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa. Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.

Lalu . . . siapakah kita?

apakah tujuan hidup kita?

Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?

Masihkah kita bisa menepuk dada & angkuh berkata

"inilah aku!"...??

Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Allah/Tuhan yang mencipta sekelian alam.

SUBHANALLAH

Saturday, May 16, 2009

♥Terapi Bersama Ikan♥

Selamat tengah malam semua..hai everybody eh..minah nie,apasal suke sgt nie..erm..
petang semalam kuar bersiar ngn family..itu pun keluar bertiga jer..
emak,ayah dan penulis rase cam anak tunggal plak..kami pergi melepak kat SEREMBAN 2..
Iye..pergi sana sebab penulis teringin sangat nak bagi ikan makan..
korang mesti ckp cam ni "la..nak bagi ikan makan pun nk cerita ke??ah...tak kire,nk cerita gak!!!giler tol..."
1st time datang tempat nie..aman+nyaman jer..

Joging???naah,im just cheering em'... (^_^)

Syukur dikurniakan kedua insan yang tidak ternilai yang dianugerahi Ilahi ini..

Emak saya cakap...ikan nie suatu terapi yang terbaik... =.=

video

ei...suka sangat2..banyak sangat ikan kat kolam ni..rasa cam nak tangkap je pastu bakar..nyum..nyum..ikan bakar!!!sedap doh...

muke keghairahan+keterujaan bila dapat bg ikan makan...

Friday, May 15, 2009

♥3rd Tag Dan Award Dari Datin Zana♥

lalalala..suke2 ati jantung je panggil Datin Zana kan.. =.=

xpela..mane tau esok2 betul2 jadi datin

Occay..ikiqzana a.k.a zana dah bg tag ni..so dengan bangga nye deqda nak jawab!!!

..Soalan2 nya simple je..

1. Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
♥ berbintang Cancer eh..same ngn deqda la

♥ suke tinjau blognye coz ada rama-rama rase cm kat taman bunga jer

♥ ada pesona sebagai hot mama ye..tak tipu,cumil je orangnye walau tak pernah jumpa

♥ suka sangat2 dengan aktiviti shopping swipe and go!!!

♥ suka makanan pedas2 eh..same cm deqda gak la

3.setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

♥ addicting dengan berblogging sejak bile ntah gian ni kian menjadi..

♥ suka pink colour

♥ seorang kakak yang garang hahahaha..cian adik2 aku dapat kakak yg garang

♥ tak suka menunggu!!! waste my time lor

♥ beminat dengan TOYOTA HARRIER.. peh..kereta 2 macam mafia seh..

♥ suka makan tp still maintain.. eh yeke maintain??cam tipu jer..

♥ seorang yang kidal bila menulis mahupun lakukan kerja2 lain

♥ gemar melancong ke tempat yang romantik

♥ tak suka shopping..ha,yg nie serius..mmg tak suka!!!

♥ tak ade pakwe lagi..hahahaha..perlu ke cakap benda ni??lantak la..

4. anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka

alahai..ramainye nak kene listkan..

erm..cam nie je la...deqda nak semua followers deqda yang mane tak buat lagi tag nie dan yang rajin 2..buat la..pas 2 bgtau deqda tau..leh la deqda singgah baca kt blog korang..

(^_^)

♥Selamat Ulangtahun Sayang♥

(^_^)
15.5.1992
..semasa azan solat JUMAAT..
..lahirnya seorang baby lelaki..
..dengan berat 4.10kg..
hah..beratnyer!!!
..dan diberi nama RUSYDAN BIN ROSLAN..
..dan disambut oleh seorang doktor..
..yg kebetulan name nyer DR.RUSYDAN..
..ensem kate mak aku la ..
..jejaka ini kian meningkat dewasa..
..menjadi seorang teruna yg tersangat la tinggi..
=.=
..hhehehehe..
..ok la syg,malas nk pot pet pot pet lg..
..dia ni adalah adik bongsu penulis..
-seorang yang-
..manje..
..stuborn..
..caring..
..dominan..
..minat fotografi dan bakering..
..dan yg penting..
..bab kecantikan kulit muka dan rambut..
..perempuan pun kalah..
..tp tetap macho..
JANTAN bukan auuuu..hihihii
..apa2 pun..
..selamat hari lahir DEBAB..
dalam family aku sorg je panggil die DEBAB
SEMOGA PANJANG
UMUR DIMURAHKAN REZEKI
BERJAYA DALAM SPM TAHUN 2009!!!

Thursday, May 14, 2009

♥Cuba Teka♥

..selamat petang kengkawan semua..
..hope you all semua sihat..
..ye,deqda still sedih lg pasal entry sebelum ni..
..tp kesedihan itu di balas dengan kegembiraan..
..nak tau ape die..
..jeng..jeng..jeng..
..tggu entry seterusnye ye..
(^_^)
..occay..
..kali ni nk main teka teki la ngn you all semua..
..ha,dah ready semua..
..ok..
..cube teka ape gambar di bawah ni..
p/s : mesti ade macam2 jawapan coz kiter semua punyai imaginasi yg berbeza2... =.=

Wednesday, May 13, 2009

♥Bukan Rezeki Aku♥

Toing..Toing..Toing (munyi mesej masuk) =.=
Ishk..sape la plak yg antar msg time tgh tido ni..ganggu betul...
Dalam mamai2,bukak gk la mesej yg diterima 2..sekadar nk tau sape la yg ganggu waktu beradu ku...
Ha...bile bace jer mesej 2...terus lompat dari katil...Sebab ape lompat???...
Semuanya sebab mesej yg diterima seperti berikut (hak a la hai..skema giler ayat aku kali ni)
RM 0.00 UPU : Semakan Panggilan Temuduga Program Pengajian Pendidikan boleh di buat mulai 11.5.09 di http://upu.mohe.gov.my
Ha..apa lagi..penulis terus berjoging ke laptop untuk buat semakan..
Dup..Dap..Dup..Dap..aduh,lambat plak line ni nak connect dengan web ni..Jantung ni dah tak tentu arah berbunyi!!!
Selepas beberapa minit bersabar...dapatlah wat online kat web 2...
(sebenarnye lepas laptop ni aku ketuk2..baru la dapat buat connection,giler ganas time ni)
Pas masukkan No.Kad Pengenalan dan Kategori...
Ini jawapan yg penulis terima...

Ye kawan2 semua..penulis tak dapat tempat untuk kos yg di pilih...

Bukan rezeki penulis untuk bergelar PENDIDDIK...

Memang tersangat FRUST!!!Tp penulis pasrah...Mungkin ade rezeki lain yang jauh lebih baik menanti kelak..

Doakan penulis dapat sambung belajar kat mane2 IPTA ye untuk teruskan perjalanan mencari ilmu... (^_^)

Tuesday, May 12, 2009

♥Bile 4 Menyerang♥

Occay.Kalau hari tu saya cerita pasal nombor 3,lani kita layan cerita tentang nombor 4 pulak.Setuju?? (ahh..xkire..korang setuju ke tak setuju ke..nak cerita gak!!lalalala).Deqda telah di tag oleh G Imaginasi dengan setiap soalan kene ade 4 jawapan..Erm..kenapa 4 ek???Kenapa tak gune nombor lain..mesti nombor2 lain jeles kat nombor 4 kan..Ops..dah mule merepek plak..back 2 the topic!!!

4 names that friends call you:
♥ aida
♥ shida
♥ meksu
♥ roshaida [suke kalau kawan2 panggil my full name.. (=.=) ]

4 things you've done in the last 30 minutes:
♥ blogging/surf internet
♥ tido
♥ makan
♥ gaduh dengan adik..sy kakak yg sangat baik..lalalala

4 gifts you would like to receive:
♥ cokelat
♥ bouquet of fresh flowers
♥ cincin
♥ laptop
(semua jawapan di atas agak klise kan kawan2)

4 of your favourite hobbies:
♥ ha...kaco orang..yey!!!
♥ blogging
♥ eating
♥ sleeping

4 places you want to go for vacation:
♥ pantai..wah..best dapat menikmati angin bayu..
♥ kampung halaman ku
♥ tempat2 romantik..ececeh..
♥ pusat2 peranginan dan pusat2 org..agaga..

4 things always found in your bag:

Hah!!!Ops.Sorry.Bukan gambar ini ye..Gambar sebenar di bawah ni... (^_^)

♥ handphone-tersangat penting utk sy terima dan jawab mesej..
♥ purse- ala..bukannye ade duit pun..
♥ my camera - love fotografi!!!
♥ alat2 cunnes - ha..ayat ape 2...ala,kire kalau pakai nmpk la lagi lawa sikit.. (^_^)

Top 4 you love so much:
♥ ALLAH
♥ PARENTS
♥ SIBLINGS
♥ MYSELF

Top 4 things 'special' for you:
♥ money/purse
♥ camera
♥ laptop
♥ clothes

Top 4 who you would like to answer this survey:
♥ to followers,followers,followers dan followers sudi2 la jwb tag ini ye..bukan nyer ape..nk kenali you all lg..hek e le,ayat nak gempak walaupun hakikat sebenar xgempak mane pun...

Monday, May 11, 2009

♥Santapan Mata♥

..errkkkkk..
..alhamdulilah..
..dah kenyang dah..
(^_^)..ops..
..jgn makan lebih had..
..nanti tak terkawal susah korang nak maintain..
(^_^)
p/s : abih diet aku..!!!