Saturday, May 23, 2009

♥Kita Semua Tempayan Retak♥

bg sesiapa yang tidak tahu..inilah dia tempayan...
Ada peribahasa yang berkait dengan tempayan ni...
cuba korang teka... ^_^
ye..pandai...
MULUT TEMPAYAN..
maksud nya mereka2 yang tidak boleh menyimpan rahsia..
=.=
ishk...buruk kan perangai cenggitu..
huhuhu..
Ops..aku bukan nak terangkan makna2 peribahasa melayu nie..
coz aku bukan nya pro sangat!!
kene rujuk pada yang pakar... ^_^
Hek e le...aku ni nak kongsi cerita..cerita ni bersangkut paut dengan tempayan..
Inilah kisahnya......

Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar.Masing2 bergantung pada kedua hujung sebatang kayu.Yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak.Sedangkan satu lagi tidak.

Tempayan yang tidak retak itu selalu sahaja dapat membawa air yang penuh sepanjang jalan dari mata air ke rumah majikannya.Manakala tempayan yang retak itu hanya dapat membawa setengah air sahaja.

Dan tempayan yang tidak retak itu merasa bangga akan prestasinya kerna dapat melaksanakan tugas dengan sempurna,lalu menyebabkan si tempayan retak malu akan ketidaksempurnaan dirinya dan merasa sedih kerana hanya dapat membawa setengah air sahaja daripada yang diperlukan majikannya.

Setelah dua tahun merasa rendah diri akan kekurangan diri,tempayan reak itu berkata kepada Si Tukang Air…

“Saya sungguh malu pada diri sendiri dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”

“Kenapa kamu merasa malu???” Tanya Si Tukang Air.


“Selama 2 tahun saya hanya mampu membawa setengah air sahaja. Saya sepatutnya membawa lebih air tapi di sebabkan terdapat retakan pada sisi telah membuakan ia kebocoran sepanjang jalan menuju ke rumah majikan.Kerana kecacatan ku ini telah membuatmu rugi. Kata tempayan itu”

Si Tukang Air merasa kasihan kepada Si Tempayan retak itu seraya berkata, “Esok aku ingin kamu perhatikan bunga2 indah di sepanjang jalan menuju ke rumah majikan”.

Benar,ketika mereka menaiki bukit,Si Tempayan Retak menyedari akan adanya bunga2 indah di sepanjang sisi jalan tersebut dan membuatnya sedikit terhibur dengan pelbagai bunga yang ada di situ.

Namun pada akhir perjalanan,ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor dan telah meminta maaf kepada Si Tukang Air akan kegagalannya menjalankan tugas dengan sempurna.

Si Tukang Air berkata kepada tempayan itu,

“Adakah kamu memerhatikan adanya bunga2 indah di sepanjang jalan sisimu tapi tiada bunga disepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu???”

“Ya,aku menyedari akan kewujudan bunga2 di sisi jalan ku tetapi tidak di sisi jalan tempayan yang tidak retak itu”.

“itu kerana aku menggunakan kekuranganmu itu dan memanfaatkannya.Aku telah menanam benih2 bunga di sepanjang jalan di sisimu.Dan setiap kali kita berjalan pulang dari mata air,kamu telah mengairi benih2 itu.Selama 2 tahun aku telah memetik bunga2 tersebut untuk di hias di rumah majikan kita.Lihat saja rumah majikan kita makin". Jelas Si Tukang Air itu.

p/s :
Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan kita sendiri.Kita semua adalah tempayan retak,namun jika kita mahu, kita mampu membuat kekurangan yang ada kepada kelebihan. Di mata Allah yang bijaksana,setiap anugerahnya tidak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan ketidaksempurnaan diri sendiri.Kenalilah kekurangan diri dan kamu akan menikmati setiap keindahan yang Allah berikan.

Ketahuilah…

Di dalam kelemahan…

Kita menemukan kekuatan yang ada dalam diri sendiri
(^_^)

4 comments:

nabilah_2908 said...

salam ziarah..(^_^)

hrumm..betul tu..kita dalah temoyn retak tu..setiap manusia pasti de kelemahan dan kekuatan yg tersendiri.. :)

Anonymous said...

btui,btui,btui[cam upin ipin lak]..hehe..

tiap org ade klmhn n kbaikan..
so kene trime seadenye kan..

Leeya Hezlin said...

salam..hmm yup,btul2...setiap manusia ni xsempurna..de klbhn n kelemahan sndr..b'syukur la dgn ape yg telah ALLAH kurniakn..(^_^)

AkuAyie said...

wauw..ske crite ni!!!
rasa mcm agks semangated.. hehe