Pada petang tadi, telah berlangsung majlis aqiqah dan cukur jambul anak kepada Erra Fazira dan Engku Emran di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. Ini adalah kali pertama wajah Engku Aleesya diperkenalkan kepada umum. Disaksikan 500 orang saudara mara, rakan kenalan dan media, majlis pada siang tadi berjalan dengan lancar. Sebab nama Engku Aleesya dipilih menurut Erra, kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu `yang dilindungi’.
Engku Aleesya Binti Engku Emran selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perubatan Damansara di sini pada pukul 11.40 pagi, 30 Mac lalu.
Inilah wajah anak kecil yang menjadi rebutan paparazzi Malaysia..Untungnya..kecik2 lagi dah popular.. (^_^)

Inilah saya...Engku Eleesya Bt Engku Emran

p/s : Dijangka esok, wajah anak comel Erra Fazira ini akan terpampang di muka depan dada akhbar dan majalah...Alahai, comelnya anak Erra Fazira…
3 comments:
comey! muka cam ayah dia la ^^
sampai ati erra x ajak aku pie skali majlis nie... mentang2 aku skandal je ngan dia dulu.......
gagaga~ mata dier bulaatt jek..
tomei! hee~
Post a Comment