orang yang memaafkan orang lain,adalah penghuni syurga...
minta maaf dan bertaubatlah sebelum anda tidur,
mati bila2 masa...
mungkin juga tidur kita malam ni merupakan tidur terakhir di dunia...
bertaubatlah atas segala dosa di dunia ini..
PERHATIAN :
INI ADALAH ENTRY YANG BANYAK DENGAN TULISAN. DAN ENTRY NI YANG PALING PANJANG YG AKU ADA TANPA ADA GAMBAR SEBAB AKU MALAS NAK EDIT ! Selamat membaca. hahahahaha
Semasa menaip ni,aku baru lepas mengimbas kenangan zaman peralihan mencari ilmu ! Sungguh rindu semua yang lepas-lepas.
Ayuh kita mulakan dengan TADIKA. Hah,waktu hingus masih meleleh ke mulut-jilat-telan, dengan rambut di tocang dua ! Waktu tu kau pakai macam mana pun, semua puji kau budak comel nak cubit-cubit pipi. Dari sini, kau mula belajar M, membaca-menyanyi-mengaji-melantak. Mula belajar cari kawan yang kalau gaduh akan ada chorus “tak nak kawan sudah nama kau dolah…tek kau sebelah” ! Ataupun..kawan-kawan kau main nama mak bapak ! Itu macam jadi perkara wajib kalau tengah bergaduh dengan kawan. Haip…Jangan bohong la kalau kau tak pernah lalui semua nie.
Peralihan yang lebih drastik bila kau masuk SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH ! Serius,kau memang tak suka SEKOLAH dan semua yang berkaitan dengannya. Sebab bagi kau terlalu banyak peraturan ! Kalau kau langgar…denda menanti. SIAP SEDIA tiap kali ada perhimpunan . Nama kau akan automati popular masa tu jugak ! Sebab dapat anugerah “pelajar paling bermasalah” ! Hebat ! ! !
Masa kau DARJAH 1-6,kau pakai beg sekolah yang siap dengan roda. Kemain berlagak kau bila datang sekolah dengan beg beroda. Dari jauh dah dengar tayar beg kau! Sreetttt sreeetttt . Itu dah cukup buatkan kau bangga sebab kawan-kawan kau datang kerumun kau sebab nak tengok beg beroda kau tu ! Tapi kau kedekut tak nak bagi kawan kau usik atau cuba walau sekejap ! Kau takut roda kt beg kau tu tercabut. Pathetic !
Bayangkan, kau ada lebih kurang 6matapelajaran. Yang mana setiap darinya perlukan 3buah buku yang berlainan jenis. Contoh, buku bahasa melayu. Cikgu nak 1buku laris lurus 60mukasurat,1buku log yang panjang dan 1 lagi buku garis lurus 120mukasurat. Hah. Kalau dah [ 6matapelajaran x 3buah buku ] + 6buku teks yang tebalnya tak hengat + bekas pensil besi + botol air+ bekas makanan ! Kau buat lah pengiraan sendiri. Dalam sehari tu,mau dekat 30buku kau bawak untuk class yang mula dari 7.30pagi sampai 1petang. Adalah lebih baik angkut semua buku-buku yang ada daripada kena denda dan jadi perhatian waktu perhimpunan nanti.
Masuk SEKOLAH MENENGAH ! Hei…kau dah mula demand ! Yang paling ketara adalah beg. Tak kan la nak pakai beg beroda lagi kan. Hah, kau mula menunjukkan minat pada beg-beg sandang belakang atau beg sandang sisi yang berjenama. Yang popular CONVERSE.
Hah..seterusnya jumlah buku yang kau bawak makin sikit. Mana tak nya, kau cuba me”limit”kan buku sekolah supaya beg kau tak nampak kembung ! Malu lah kalau beg kembung-kembung nie ! Masa nih, subjek pun lebih kurang dengan SEKOLAH RENDAH. Mana buku-buku yang kau rasa tak guna kau tak bawa. Hah,waktu macam ni kau dah panjang akal. Nama pun masih fresh lagi kan. Jadinya, kau tinggalkan buku teks bawah meja. Kau hanya bawak buku tulis je dari rumah. Heaven sebab beg kau sangat-ringan.
Tak pun kau guna sistem barter dengan geng kelas sebelah. Contoh : kawan kelas sebelah kau bawak buku teks sejarah dan subjek tu mula sebelum rehat, dan jadual subjek sejarah kau mula selepas rehat. Jadi kau boleh la pinjam buku sejarah kawan kau tu kan.Kelebihan bukan kalau kau kenal semua kawan-kawan dari kelas lain.
"CAMPUS LIFE". Kau dah jadi mahasiswa/wi. Kau dah mula “renovate” diri agar sEtanding dengan gelaran siswa/wi. Masa ni pakaian adalah bebas. Maksudnya kau tak terikat dengan mana-mana peraturan. Baju pergi kelas pun kau main hentam je asalkan tak jolok mata. Kadang tu sampai tak dapat nak bezakan antara pelajar dan pensyarah. Ishk…sungguh ! kadang nak tegur “Assalamualaikum..selamat pagi Puan/Sir/Miss/Prof”. Dan kau senyum-senyum malu. Ahhhhh..bajet pensyarah la nanti..betul tak?
Hah. Macam tu jugak dengan kasut ataupun selipar jepun yang kau sarungkan tu ! Tapi masa nih, selalunya simptom lebih menyerang siswi. Hei, perempuan kan. Mestilah nak tunjukkan style dan style kau tu jadi perhatian ramai. Selendang lilit ala hana tajima, cardigan yang coraknya English style, skirt paying terjun dan ntah apa-apa lagi la.
Lagi…hurmmmm..Kau akan berjalan dengan geng-geng yang sama taraf. Masa jalan tu,handphone sentiasa di tangan. Tak kan kau tak nak tunjuk kecanggihan I-Phone @ I-Pad @ sekurangnya blackberry. Tak style la der benda-benda canggih duk simpan dalam beg.
Cakap pasal kelas. Hala…boleh tengok jadual tu sebelah mata je. 1hari ada 2subjek. Ada yang lagi best bila jadual kau banyak lopong-lopong,yang mana kelas 1 ari 1 subjek ! Kau mmg pandai susun jadual. Paling penting tak banyak pun buku yang kena bawak. Cukup bawak buku teks dan laptop. Done. Owh,ruang yang masih kosong dalam beg? Isi lah dengan alat-alat mekap kau !
*Kau dalam entry ini adalah AKU !
Eh.Dah lah sampai sini je. Nanti aku sambung apa yang aku tak suka pasal kehidupan kampus nie. OK.Stay tuned. Eh…. Assignment ! Jap lagi aku telaah kau ea.
Tdi kan aku macam tak ada kerja,so nampak pulak handphone dekat ngan siku. Apa lagi,terus dail nombor kesayangan si adik bongsu !
A : Assalamualaikum.dik..wat pe?
B : on the way mao tidoooo.hah..npe?
A : minggu ni balik x?
B : hah..along balik kan? Kalau balik..org pun balik laaa…
A : hah..nnti bawak balik BB tao..jgn lupe
B : BB mende ! ayah beli NOKIA N73 je untuk kau.hahhaahha
A : woiiiiiiiiiiiiiiiiii ! bawak balik jgk BB tao ! jgn lupe *cuba untuk bertegas dgn harapan dia takut. BB stand for BroadBand ! Ape..ingt BB tu BlackBerry je ke? Ishk…
B : hahahahahaahahhahahaa *gelak menganjing
A : dah2 tak payah nak gelak sgt.g tido.esok class kul wape? Class along kul 10am-12pm pehtu kul 3pm-5pm
B : hah..bestnye jadual.orangnye dr pukul 9am-5pm.penuh tao
A : padan muka !
B : long.nak tao tak..ayah dh pakai BB.mak pakai I-phone
A : fefetttt la ! *dlm hati..dak ni mmg nak kenekan aku nie.
B : ea long.xtipu.ptt la masa org balik haritu kan ayah buat xtao je bila ada msg masuk. Hah..bila dh sampai umah baru ayah tgk ! perghhhhh..ayah pakai BB dol.
A : hah..ea lettewwww *masih blur2 nk caye ke tak
B : hek…mane ade tipu la..ni betul-betul..nnti kau balik…buat2 nak pinjam ayah nya phone,cakap nak telefon org. Kalau ayah tak bg kan..tu betul-betul ayah pakai BB la !
A : arrrggggggggggg…xnak cayeeeeeeeeeeeee ! Ok.jap g along nak call ayah
B : la…nape nak call plak…
A : eh..nk pastikan ayah pakai BB ke tak. Ishk..jap g nak call jgk !
B : tak payah call..nnti ayah marah orang sbb bagitao kt kau.hurm..ok.cam ni la.minggu ni kite balik.kite tgk. Kalau betul ayah pakai BB ko nak bg ape?
A : hah…pasal plak ? *choiiiiii ! sesuke ati die je nak tawar menawar !
B : ea la..cepat2..kalau orang betul nak bg ape? Halemakkkkkk..lambat sgt la along nie. Hah,kalau orang betul kau belanja TOPUP RM10. DEAL *word deal tu di tekankan !
A : hek? Itu je???
B : hah…ea la
A : tengok dulu cam ne…
B : cepatlah cakap DEAL !
A : hahahahahahhahaha..cam budak-budak la..ea la DEAL DEAL DEAL. Done!
B : orite..jgn nak kelentong oit oit ! kalau tak bertelur dahi tu !
A : hahahahaahahahahahahahahahahaha..mane leh ugut-ugut. Wa kan KAK LONG !
B : Ingat.BERTELUR DAHI tu nanti.Hahahahaha. dah2..jumpa ari khamis nanti.kite tgk. Hah..nak ckp lagi nie. Hari tu org balik kan. Mak kat dapur tao tgh buat ketupat. Orang dukung mak letak atas bahu org nie.
A : oiiiiiiii ! ! ! ! ! *mmg aku jerit tahap abes volume nie.. kot ea pun nak membongak..xpyh la smpai hardcore cm tu sekali. Vongok oit oit la dak nie
B : hahahahahhaa..ok la.bye.nak tido. assalamualaikum
A : ok2..nyte.waalaikumsalam.esok g class jgn tuang class !
Hadesssssss…senak perut kalau duk melayan adek2 aku nie.
Alhamdulillah,nasib dpt 2orang adek yang masuk air je. =D kalau ramai…mao 5minit sekali fitammm…hahahahhaa =D
Assalamualaikum
Amazing Thursday with amazing friends. First time hang out with them, dan mereka –ogy-zima-paa-ira-yaya-yunk-adam-faliq- sangat-sangat chill yooo,hihihi..hilang rasa malu aku. =P
Begin with drive thru at McDonalds Kuantan then lepak makan kat Golden Tarbush Sheesha –minum-makan-gelak-tekun-siapkan-thesis-study-utk-present. Bosan duduk lelame kat situ, kiteorang lepak balik kat mcD sbb nak main kad *ishk ishk ishk..syaitonnnirrajimm.
Ni 1st time aku main kad,hohoho…tak pandai langsung wow. Tapi kalau main kad yg “DONKEY” tu memang aku hebakkkk dan dabik dada la. =D hihihi. Disebabkan ketidak pandaian aku main,diorg ni dengan rela hati dan terpaksa buat tutorial ajar aku nie,paling simple dan senang..tak silap aku name dia “declare”. Hahahahaha =D sebab game ni senang sangat, aku MENANG tao, diulang..aku MENANG…yeay..kali pertama main dan menang..huh..memang hebakkkkk dan terrarrr aku ni =D *muntoh ijaooo =D
Lastly, kiteorg lepak kat pantai dan time tu pukul 3am. Perggghhhh sejuk wow wooot woot. Dan di sini la aktiviti bongok masuk air sampai sakit perut berair mata semua keluar. Hurm,nak tao cerita lebih lanjut pasal aktiviti ini dan gambar-gambar yg tangkap leleh tak hengat punye…jeng jeng jeng…sila la click disini =D =D =D zimah-awek-seksi.
Last but not least.
wish you all a very nice and lovely day. Have fun, take care and do something amazing.
Tak de benda senikmat ini selain yang ini. Nak habak mai kat hang pa sumaaaa..ini adalah percubaan pertama kali merasa MACARON.
Hang tau ape perasaan bila hang dapat ape yang hang nak? NIKMAT ok NIKMAT ! ! ! (=
Bila dah nak pecah kepala fikirkan hari-hari yang mendatang dengan penuh kesabaran.
Haa neh dia..hambikkk kau.
NIKMAT hari rabu. Ape die?
cakap banyak pun tak guna. Hang pa pergi la cuba try test dengan kesedapan MACARON ni. Pergi order sekarang, kalau tak lambat la hang dapat merasa, sebab hang pa kena amik nomboq giliran. So, 1st comes 1st serve ea. (=
Ok. Bye. Nak pergi ngap ngap MACARONNNNN.. (=
*owh ea...Sape sayang kat itteww, beli kan lew ittew neh. =)