Wednesday, September 28, 2011

Pemalas !

Assalamualaikum.

PERHATIAN :

INI ADALAH ENTRY YANG BANYAK DENGAN TULISAN. DAN ENTRY NI YANG PALING PANJANG YG AKU ADA TANPA ADA GAMBAR SEBAB AKU MALAS NAK EDIT ! Selamat membaca. hahahahaha


Semasa menaip ni,aku baru lepas mengimbas kenangan zaman peralihan mencari ilmu ! Sungguh rindu semua yang lepas-lepas.

Ayuh kita mulakan dengan TADIKA. Hah,waktu hingus masih meleleh ke mulut-jilat-telan, dengan rambut di tocang dua ! Waktu tu kau pakai macam mana pun, semua puji kau budak comel nak cubit-cubit pipi. Dari sini, kau mula belajar M, membaca-menyanyi-mengaji-melantak. Mula belajar cari kawan yang kalau gaduh akan ada chorus “tak nak kawan sudah nama kau dolah…tek kau sebelah” ! Ataupun..kawan-kawan kau main nama mak bapak ! Itu macam jadi perkara wajib kalau tengah bergaduh dengan kawan. Haip…Jangan bohong la kalau kau tak pernah lalui semua nie.

Peralihan yang lebih drastik bila kau masuk SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH ! Serius,kau memang tak suka SEKOLAH dan semua yang berkaitan dengannya. Sebab bagi kau terlalu banyak peraturan ! Kalau kau langgar…denda menanti. SIAP SEDIA tiap kali ada perhimpunan . Nama kau akan automati popular masa tu jugak ! Sebab dapat anugerah “pelajar paling bermasalah” ! Hebat ! ! !

Masa kau DARJAH 1-6,kau pakai beg sekolah yang siap dengan roda. Kemain berlagak kau bila datang sekolah dengan beg beroda. Dari jauh dah dengar tayar beg kau! Sreetttt sreeetttt . Itu dah cukup buatkan kau bangga sebab kawan-kawan kau datang kerumun kau sebab nak tengok beg beroda kau tu ! Tapi kau kedekut tak nak bagi kawan kau usik atau cuba walau sekejap ! Kau takut roda kt beg kau tu tercabut. Pathetic !

Bayangkan, kau ada lebih kurang 6matapelajaran. Yang mana setiap darinya perlukan 3buah buku yang berlainan jenis. Contoh, buku bahasa melayu. Cikgu nak 1buku laris lurus 60mukasurat,1buku log yang panjang dan 1 lagi buku garis lurus 120mukasurat. Hah. Kalau dah [ 6matapelajaran x 3buah buku ] + 6buku teks yang tebalnya tak hengat + bekas pensil besi + botol air+ bekas makanan ! Kau buat lah pengiraan sendiri. Dalam sehari tu,mau dekat 30buku kau bawak untuk class yang mula dari 7.30pagi sampai 1petang. Adalah lebih baik angkut semua buku-buku yang ada daripada kena denda dan jadi perhatian waktu perhimpunan nanti.

Masuk SEKOLAH MENENGAH ! Hei…kau dah mula demand ! Yang paling ketara adalah beg. Tak kan la nak pakai beg beroda lagi kan. Hah, kau mula menunjukkan minat pada beg-beg sandang belakang atau beg sandang sisi yang berjenama. Yang popular CONVERSE.

Hah..seterusnya jumlah buku yang kau bawak makin sikit. Mana tak nya, kau cuba me”limit”kan buku sekolah supaya beg kau tak nampak kembung ! Malu lah kalau beg kembung-kembung nie ! Masa nih, subjek pun lebih kurang dengan SEKOLAH RENDAH. Mana buku-buku yang kau rasa tak guna kau tak bawa. Hah,waktu macam ni kau dah panjang akal. Nama pun masih fresh lagi kan. Jadinya, kau tinggalkan buku teks bawah meja. Kau hanya bawak buku tulis je dari rumah. Heaven sebab beg kau sangat-ringan.

Tak pun kau guna sistem barter dengan geng kelas sebelah. Contoh : kawan kelas sebelah kau bawak buku teks sejarah dan subjek tu mula sebelum rehat, dan jadual subjek sejarah kau mula selepas rehat. Jadi kau boleh la pinjam buku sejarah kawan kau tu kan.Kelebihan bukan kalau kau kenal semua kawan-kawan dari kelas lain.

"CAMPUS LIFE". Kau dah jadi mahasiswa/wi. Kau dah mula “renovate” diri agar sEtanding dengan gelaran siswa/wi. Masa ni pakaian adalah bebas. Maksudnya kau tak terikat dengan mana-mana peraturan. Baju pergi kelas pun kau main hentam je asalkan tak jolok mata. Kadang tu sampai tak dapat nak bezakan antara pelajar dan pensyarah. Ishk…sungguh ! kadang nak tegur “Assalamualaikum..selamat pagi Puan/Sir/Miss/Prof”. Dan kau senyum-senyum malu. Ahhhhh..bajet pensyarah la nanti..betul tak?

Hah. Macam tu jugak dengan kasut ataupun selipar jepun yang kau sarungkan tu ! Tapi masa nih, selalunya simptom lebih menyerang siswi. Hei, perempuan kan. Mestilah nak tunjukkan style dan style kau tu jadi perhatian ramai. Selendang lilit ala hana tajima, cardigan yang coraknya English style, skirt paying terjun dan ntah apa-apa lagi la.

Lagi…hurmmmm..Kau akan berjalan dengan geng-geng yang sama taraf. Masa jalan tu,handphone sentiasa di tangan. Tak kan kau tak nak tunjuk kecanggihan I-Phone @ I-Pad @ sekurangnya blackberry. Tak style la der benda-benda canggih duk simpan dalam beg.

Cakap pasal kelas. Hala…boleh tengok jadual tu sebelah mata je. 1hari ada 2subjek. Ada yang lagi best bila jadual kau banyak lopong-lopong,yang mana kelas 1 ari 1 subjek ! Kau mmg pandai susun jadual. Paling penting tak banyak pun buku yang kena bawak. Cukup bawak buku teks dan laptop. Done. Owh,ruang yang masih kosong dalam beg? Isi lah dengan alat-alat mekap kau !

*Kau dalam entry ini adalah AKU !




Eh.Dah lah sampai sini je. Nanti aku sambung apa yang aku tak suka pasal kehidupan kampus nie. OK.Stay tuned. Eh…. Assignment ! Jap lagi aku telaah kau ea.

1 comment:

Anonymous said...

Betway online casino India - KADANGPINTAR
Betway is the online 온카지노 casino powered by Pragmatic Play software. 바카라사이트 Betway is a leading provider of online 메리트카지노 casino games, including Blackjack, Roulette