Thursday, August 4, 2011

I'm Coming Home

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Dah masuk hari ke-4 aku berpuasa di kampus ni. Waktu awal puasa hari tu, aku menangis. =') Mana tak nya, 1st Ramadhan tu...hati sangat sebak. Lagi tambah sebak bila dapat mesej dari emak. Kalau tak silap dalam pukul 5.30pm terima mesej ni. Ni antara bait-bait mesej yg mengundang air mata jernih mengalir.

"adat dunia,kene trime,bila kecik mak jage,bila dah besa, mak jauh, xdpt nak mkn sama2, xdpt kejut sahur, semua dh tggl kenangan, bila lagi kita satu family dpt mcm dulu2, ayah yg sedih sgt...kami berdua dh start nangis 2hari lepas"

Dan bila aku call mak tanya buka ape hari ni. Mak mesti jawab "goreng ikan dengan goreng sayur je". Sungguh menjaga hati sebab tak nak bagi aku terliur ='(

Tapi tak pe...tak mao sedih-sedih..sebab minggu ni aku balik ! ! ! nak berbuka dengan mak dan ayah ! ! !yeay...adik bongsu aku pun balik..maka kami akan berbuka 4orang. Lagi sorang adik aku tu tak dapat join sebab dia sekarang ni kt United Kingdom dok keje part time =).

Nak tayang wajah-wajah kecintaan

MY FRUITHEART.






Ok.Saya mahu kemas-kemas nak bawak balik mcm-macam. =)
Owh ea.Besok balik naik bas =)
Muadzam-Seremban.MARALINER.

No comments: