Sekadar berkongsi cerita ini..
dan tak dapat dikenal pasti cerita ini sekadar ilusi penulis atau benar2 kejadian..
Hurm...
SIAPA TAHU ORIGINAL WRITER,
PLEASE LET ME KNOW.
Berlainan pula dengan sikap Umaira yang gemar berfoya-foya menggunakan wang ayahnya, namun atas kasih sayang terhadap umaira, Haji syawal sentiasa memenuhi kehendak anak tunggalnya itu. Suatu hari sebelum pergi kuliah, umaira berkata kepadanya.
“ayah, minggu depan start final exam, kalu umairah dapat 3 pointer keatas, ayah blikan saya kereta ya?..”..pinta umairah, lalu ayahnya menjawab
“Insyaallah nak..”
Setelah tamat peperiksaan akhir, maka tibalah masa untuk mengetahu keputusan dan umairah mendapat keputusan cemerlang dengan pointer 3.87. Umairah sangat gembira dan terus menelefon ayahnya
“ayah, umairah dapat 3.87, ayah mesti tunaikan janji nak bagi saya kereta tau, saya nak kereta Toyota Vios, kaler gold tau ayah, bagi mase besday saya minggu dpan..”..ujar umairah
“insyallah nak..”...jawab Haji Syawal pendek
Hati umairah berbunga-bunga untuk menunggu minggu dpannya..
Hari ini genaplah umur umairah 22 tahun dan umairah menyambut harijadinya dengan menjemput rkan-rakan sekolejnya. Kesemua rakannya begitu taksub dan kagum dengan hadiah kereta yang akan umaira miliki sebentar nanti..sejurus kemudian ayah umaira balik, umaira menjengok keluar dan tidak nampak sebuah kereta Toyota pon...
Ayahnya masuk dang mengucapkan salam,
“ Assalamualaikum nak, ini hadiah haru jadimu”Umaira terkejut, lalu dibuka bungkusan itu, bukannya kereta, tetapi sebuah al-quran yang cantik bersulam kulitnya..dia memandang sekeliling dan mendengar ketawa kecil dari rakan-rakannya..
Umaira malu dan terus berlari kebilik meninggalkan semua orang...
Semenjak kejadian itu, umaira tidak pernah metergur sapa dengan ayahnya. Oleh kerana terlalu malu dan marah kerana ayahnya sudah menipu dan memalukannya umaira membawa diri ke Sabah tanpa memberitahu ayahnya melainkan sekeping nota yang ditinggalkan bebunyi “aku nak ke sabah, kerja jauh dari sini”..Umaira mendapat pekerjaan disana sebagai setiausaha di Sebuah syarikat swasta...Haji Syawal berusaha untuk menguhubungi anaknya tetapi umairah berdegil tidak mahu berhubung lagi dengan ayahnya..
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan tahun berganti tahun..Kini genaplah 4 tahun umaira berada di sabah, dia kini sudah berjaya memegang jawatan pengarah syarikat dan menjadi kaya..dalam tempoh itu sedikit pun dia tidak mengambil tahu hal ayahnya..
Suatu malam sebelum puasa, umaira terdetik hati untuk pulang dan membuktikan kepada ayahnya yang dia sudah berjaya walaupun ayahnya tidak mahu memberinya kereta. Lalu umaira mengambil keputusan untuk balik ke Semenanjung sehari sebelum Hari Raya
Umaira membayar tambang teksi, lalu mengangkat barangnya turun. Dihadapan Rumah nya dilihat suasana sudah berubah, pokok-pokok liar menjalar diserata tingkap rumahnya, semak samun semakin meninggi, rumah itu seperti sudah tidak berpenghuni..Umaira tertanya-tanya kemana ayahnya pegi, perasaannya mula tertanya-tanya, hatinya mula gundah..dia memberi salam namun tiada yang menjawabnya..Tiba-tiba terdengar suara
“anak carik siapa ?”...Umairah menoleh, rupanya jiran yang duduk disebelah rumahnya, dia tidak mengenalinya mungkin kerana jiran lama telah berpindah..
“makcik, ayah saya Haji Syawal mana?’’
“Haji syawal?, dia dah meninggal 2 tahun sudah nak”
Hati umairah tersentak, tubuhnya menggigil, air matanya mencurah-curah keluar..pandangannya kelam dan terus pengsan..
“anak, anak tak apa2 ker?.” Soal jirannya, rupanya umaira berada dirumah jirannya yang mengangkatnya kerana pengsan..Umaira menceritakan segala-galanya...semua terdiam...
Umiara membuka pintu rumahnya perlahan-lahan, perabotnya masih ada, tetapi sudah usang..semuanya lengkap...Umaira menangis tersak-esak, tiba-tiba dia teringat akan al-quran yang diberi ayahnya..umaira lalu mengambilnya dari atas almarinya yang tidak pernah disentuh sejak kejadian itu...al quran masih elok, umairah mengelap habuk2 dan mangucup al-quran tersebut..
“ayah, maafkan umaira, umaira mendoakan agar ayah bersama-sama orang beriman, umaira nak baca doa untuk ayah, nak doa bnyk-banyak utk ayah..”...
Umiarah membuka balutan al-quran tersebut, dan menyelakknya..tiba-tiba terjatuh sekeping kunci dari celahan al-quran tersebut, dia mangambilnya dan pada kunci tersebut tecatat tulisan “TOYOTA”...rupa-rupanya kunci kereta, dia membelek al-quran trsebut dan terdapat geran kereta yang tertulis namanya disitu dengan sekeping kad ucapan tertulis” selamat hari jadi yang ke-22 anakku”..ayah menghadiahkan kamu dunia dan akhirat, al-quran untuk bekalan akhirat dan kereta untuk didunia..manfaatkanlah keduanya..”....
Umairah menangis teresak-esak dan sangat menyesali perbuatannya....dia meraung-raung sendirian dirumah usang tersebut..
TAMAT
--->>aku tak tahu siapa penulis cerita ini,
tp yang nyata cerita ni membuatkan aku
sedih mengalirkan air mata tika ini.Jadi
rindu kat ayah aku!!!!
No comments:
Post a Comment