Tuesday, January 24, 2012

Everything Jammed !

Date : 21012012
Location : Ipoh mali tarak sombong.
Mood : main air sampai terbakar


Assalamualaikum.


Hari ini dalam sejarah, dan lebih bersejarah 21012012 hari lahir ayah aku ! Dan bertambah sejarah berganda-ganda bila perjalanan nak bercuti ke Ipoh mengambil masa 9jam ! hoiiiiiii . . . normalnya masa macam tu dah sampai ke Perlis. Fuhhhhh . . . lebuh raya jammed ! R&R jammed ! Petrol pump jammed ! toilet jammed ! jalan lama pun turut jammed !


Nak tahu tak, kesan jammed yang aku lihat sepanjang lebuh raya tuuu . . .

Di tempat pertama, jatuh kepada kereta-kereta yang tersadai rosak mungkin enjin panas akibat terperap dalam jammed. Hooorayyyy . . .

tempat ke-2 adalah botol-botol atau bekas-bekas yang boleh menampung air semuanya berisi
air yang mirip warna air "zappel" a.k.a air kencing.Ahaaaaa...

tempat ke-3 jeng jeng jeng..makcik-makcik abang-abang kakak-kakak pakcik-pakcik adik-adik yang tak dapat menahan pundi kencing masing-masing lalu berhenti di tepi jalan dan membuat larian kecemasan ke destinasi pilihan.

amik kau ! orang nak raya..kau pun sibuk nak raya. haaaaa..bersapau la atas lebuh raya.

jeng

jeng

jeng

jeng

jeng




Tepat jam 12 suku malam 22012012 . . . check-in NAZRAH HOMESTAY ! perghhhh terbaikkkk! ada washing machine, sofa bed, buku-buku agama untuk dibaca (sempat jugak aku membaca buku yang disediakan), sabun basuh, siap microwave, cerek letrik, periuk nasik letrik, peti ais, air-cond, sejadah, plastik sampah, pinggan mangkuk, cawan, sudu, senduk, alas kaki, penyapu,mop . . .


TAPIIIII ingat ANDA TIDAK DIBENARKAN MEMASAK . . . (untuk keselematan) gulp !

Dengan mata yang tak berapa nak buka, majlis memotong kek sempena hari lahir ayah aku, acu(mak saudara sempoi...) dan alisya (sepupu aku).




Dengan perut dan mata yang dah makin JAMMED . . . kami pun ketiduran siap pakej kedengkuran. hahahahaha.



Lepas solat Subuh, sambung sikit lagi krooohhhhhhhh. Jam 9.30am...kami dengan rela men"JAMMED" kan diri beratur di kaunter tiket . . . . . . . . . .
2keluarga . . . 9manusia yang gila ! =P


Tak abis JAMMED kat luar, sambung lagi kat dalam taman tema air ni. . . . . . . . . . . . ! ! !


Aktiviti aku dan family kat dalam taman air ni . . . . . saksikanlahhhhhhhhh iyeee !
Di sebabkan semua nak mandi . . . tak de sape nak pegang kamera lagipun kamera aku tuuuu bukannya kalis peluru . . =D ops... "waterproof daaaa". Jadi . . . . .. banyak lahhh saat-saat indah yang tak dapat aku rakamkan tapi dah ku rakamkan dalam kepala otak aku. Paling best tengok orang suap ghimau makan. Selalunya ghimau makan orang.



PERINGATAN ! ! ! Tak semua manusia yang masuk dalam tu mampu sewa pelampung yang sekali sewa kena bayar 22hengget. Aku sewa 2pelampung. Leka tengok orang suap ghimau makan, 1pelampung aku kene chilok dengan sorang mamat. Semua family aku berpecah cari pelampung tu, sebab . . . setiap pelampung ada nombor siri yang sama dengan gelang kat tangan kita bila kita sewa pelampung. =) Akhirnyaaaa . . . ayah aku yang jumpa pelampung tu tersadai dekat dengan foodcourt. ^_^ JAGALAH PELAMPUNG ANDA !






Dah kecut berendam, perut pun mula menyanyi berlawan dengan mata yang mengantuk. Fuhhhhh . . . ngam la, acu aku plak telefon "hidangan dah sedia, anda di jemput makan" . . . apa lagi . . . Allahhummabariklana......fimaaaa...rozaktana...wakinaaaa..'azabannar. . . =D

Nak tao resepi nya, ikan goreng tawar, ulam-ulam, sup ayam, telur dadar, sayur bayam goreng dan menu utama BUDU ! perghhhhh . . .
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka ati.......ati dah suka mata lak ngantuk. Tarik bantal, semua berdengkur. Alip tak, ba pun tak, yang ada khooooooooooooooo ! ! ! =D
Sekian untuk ari ni !




Date : 23012012


Pagi-pagi lagi mak aku, acu dan maktam aku dah g pasar cari menu nak masak untuk bekalan nak g tempat berkelah di Ulu Chepor. Punyalah excited sebab ni 1st time aku sampai sini. Mula-mula tak nak mandi, tapi last-last semua mandi termasuk la mak ayah aku.

Menu Ulu Chepor.
Nasi putih.
Sayur campur.
Kerang rebus.
Ikan goreng tawar.
Ulam petai.
Ayam goreng. menu utama BUDU.
Air kelapa+mineral+cendol
muahahahahahahahaahahahaha.sodapppp !

Aktiviti bebas main air. =)
Salon percuma untuk rambut+facial "limited edition".
Teruna macho dalam keluarga. Perghhhhhhhhhhhhhhhh.. muntoh ijauuu =D
Perempuan melayu terakhir kena sumpahan bunian. =D wakakakakaka. Ada yang berkenan ?

Balik rumah acu ! Lagi sekali kiteorang lepak. Lepas solat isya', lapar daaaaaaaaaa..jom cari makan. Menu malam !
Nasi putih.
Siakap stim dan Siakap 3rasa
Kailan ikan masin.
Puyuh goreng.
Tomyam campur.
Udang goreng tepung.
Telur dadar.
Sambal belacan+ulam

Air tembikai !

Lepas makan, round di sini yowwwww !
Tempat untuk riadah keluarga. Futsal dan badminton.
Posing sebelum bertolak balik ke Seremban.
Kiri---> Mak tam aku yang vogue tapi sporting gilerrrr
Tengah---> acu aku yang "rock" tapi suwitttt dan romantik
Kanan---> ce tekaaaaa...who am I ? wakakakaka
Yang kecik tu sepupu aku . . . Piya . . . mulut diaaaa macam peluru. cerdik sangat.

Senyuman Banjaran Retreat !
Next vacation wei ! start kumpul duit laju-laju.
Tempat tu 1malam 5ghibuuuuu !
wow ! fitam . . . hahahaha

boy in green tu alif. . .hensemmm tapi pemaluuu...ewwwww =P
man in red pak tam aku. . . sporting, pemaluuu n penakut+penggeli! opsss...hahahaha
boy in red kt depan tu, adik bongsu aku ! tinggi lampai ,hensom (bg mata aku la) manja dan sedikit gatal.muaahahahaha.love You !



Terima kasih Ipoh, permulaan kenangan 2012.

1 comment:

ss said...

Hi, Nice post thanks for sharing. Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

Thanks!
Angela
angelabrooks741 gmail.com