Thursday, May 7, 2009

♥Tangan Yang Indah♥

..Salam pagi buta kawan-kawan..
..Ok (hahaha..tetibe bertukar jd serius)..
..Bulan Mei adalah bulan tersgt istimewa..
..kenapa istimewa..
..sebab ia merupakan hari bg insan yg bergelar BONDA,MUMMY,AMMA dll..
..walau ape jua panggilan,percayalah..
..anda adalah insan yg paling mulia yg dianugerahkan Ilahi..


..dan ini adalah entry khas..
..sempena meraikan pengorbanan insan yang paling kite sayang..
..Khas untuk dirimu..

(Kepada sesiapa yang masih ada ibu...)
Ketika Ibu saya berkunjung, Ibu mengajak saya utk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yang baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan org lain, dan saya bukanlah orang yg sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan Ibu saya mula mencuba sehelai demi sehelai dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah Ibu.

Akhirnya,pada butik terakhir yang kami kunjungi, Ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik. Dan kerana ketidak sabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama Ibu saya dalam "fitting room". Saya melihat bagaimana Ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan2 nya sudah mulai di lumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidak sabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihanyang dalam kepadanya.Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan, saya kembali masuk ke "fitting room" untuk membantu Ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah dan Ibu membelinya. Shopping kami tidak berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan.

Sepanjang sisa hari itu,fikiran saya tetap sajakembali pada saat di dalam "fitting room" tersebut dan terbayang tangan Ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang epnuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya,memakaikan baju,membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar Ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya..dan yang membuatnya terkejut.Saya memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indag di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahawa ALLAH telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh dengan pengorbanan seorang Ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari kelak saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri.Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan ALLAH yang begitu Agung,tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan TANGAN IBU...


..Berbahagialah yang masih memiliki Ibu..
..Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..

..Bagi mereka yang telah kehilangan Ibu..
..Kirim kan doa agar rohnya..
..di cucuri Rahmat dari Yang Maha Esa..

..amin..





p/s : untuk PN.RABIAH..terima kasih atas kesabaran BONDA mendidik,menjaga dan sebagainya segala keperluan kami anak2 BONDA yang terkadang menyakitkan hati BONDA.Kami bersyukur dan bangga dikurniakan insan seperti dirimu DI DUNIA ini.Terima kasih sekali lagi walaupun ucapan terima kasih ini tidak dapat digambarkan dengan pengorbanan yg BONDA lakukan.. (^_^)


DARI : ALONG,ANGAH DAN ADIK (ur everything)

2 comments:

Nadya Heidi aka nadxoxo said...

Selamat Hari Ibu utk ibu2 di dunia :)

Kismiss said...

to nadxoxo..hihihi...ibu insan yg paling bernilai..happy mothers day!!!