Wednesday, August 11, 2010

Ia Datang Lagi

Assalamualaikum.

Apa yang datang lagi 2??

hah.

dah tentu la bulan yang penuh keberkatan.


BULAN RAMADHAN.

alhamdulillah..
masih di panjangkan umur lagi untuk menikmati bulan penuh keistimewaan ini.



kepada semua yang mengenali diri ini.





--->>
1st puasa @Kampus uni10
Muadzam Shah bersama kecintaan saya...
ziema,pa'a dan ogy. (^_^) petang nanti
kita kasi serbu itu Bazar Ramadhan!!!!



--->>
apa menu "favourite" korang tyme
berbuka???hah..murtabak?ayam panggang?roti jala?
OMG.banyak nye.jom borong sume nye tp.......
jangan sampai MEMBAZIR.





Saturday, August 7, 2010

.Bila hati sedang rindu.

lalu.
air mata pun mengalir laju.

aish.
saat ni,tika entry di karang.
aku menangis.
naluri kerinduaan terlalu mencengkam!! =(


mereka kesayangan saya!!!
dari kiri : adik.makin pandai bergaya.hensem. (^_^)
dari kanan : angah.sekarang nie kat Mesir (jaoh sgt2).futher study.pun makin hari makin hensem (^_^)

pic yang tengah 2 mata saya yg bergenang2 air mata.
*dah2 jgn nangis2 lagi..dah besar kan =)



--->>
sekian saja.
tak tertahan rindu ni.
harap kesayangan2 jaga diri.
(*_*)

Friday, August 6, 2010

.Jika Isteri Menangis Di hadapanmu Wahai Suami.

Assalamualaikum

td kawan aku ada tag kisah nie kat FB.
so,nak kongsi2 ngn anda..ye..anda yang sedang singgah di belog sy!!! (=.=")

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau tenggelam terlalu dalam …

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ?

Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dan MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya.
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGA nya dia"




--->>Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha
dan SUAMI2 yang kamu kenal agar
mereka tidak lupa bahawa
ISTERI mrk begitu berHARGA
Dan sangat-sangat berHARGA.




--->>betapa betuahnya menjadi seorang
wanita@geGIRL (^_^)

Sunday, July 25, 2010

Ops..sudah tukar ke???

Sejak bila ubat gigi sudah tukar jd pencuci muka?
aku tak tahu pun.

OOOOOHHH LAAAAAAAAAA!

korang tengok gambar kat atas nie mesti korang dapat beza.
mana ubat gigi dan mana pencuci muka kan.
korang memang bijak bijak.

aishk...mcm mana la aku leh buat perkara sarkastik pagi td.
agak2 korang pernah buat tak??

begini ceritanya.

kejadian berlaku seawal jam 7pagi,baru bangun dari tido.
melangkah menuju ke sinki dengan niat nak basuh muka dan gosok gigi.
dengan mata yang segan nak bukak 2..aku amik la ubat gigi dan letakkan di atas berus gigi.
tp kan wei...yang aku amik 2 bukan ubat gigi tapi
PENCUCI MUKA!!! God bless you la dear...

patutlah aku rasa pekat semacam je.
dah tu rasa kelat cam nak muntah..dalam mamai2 tu otak masih sempat pikir..
"ishk...semacam je rasa nie..xkan ubat gigi ni expired kot"

selalu aku gosok gigi rasa pudina aslinya dan berangin gitu.
hahahahha.

sampai sini jela..
aku nak g asingkan ubat gigi ngn pencuci muka 2.
esok tak de la aku terambik PENCUCI MUKA jd UBAT GIGI lg.
dah la rupa bentuk sebijik sama.
sapa tiru sapa pun tak tao la.
sampai aku salah2 guna dua-dua benda nie..

perasaan aku??

malloooooooooooo!!!


--->>
kesimpulan yang dapat aku
simpulkan dari perkara "pelik tapi benar" ni..
jangan bangga belajar tinggi-tinggi.kalau
UBAT GIGI dan PENCUCI MUKA
pun tak kenal.
sekian. (^_^)

Munajat Cinta

Malam ini ku sendiri,
tak ada yang menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah-sudah

Hati ini selalu sepi,
tak ada yang menghiasi,
seperti cinta ini,
yang selalu pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya.

Mawar ini semakin layu,
tak ada yang memiliki,
seperti aku ini,
semakin pupus.

Demam, demam, demam

Aku demamlah.
Bila aku bernafas panas je rasa.
Tekak sakit+perit.
Dan sangat tidak bermaya.

Ya Allah,
berikanlah kekuatan pada hamba-Mu ini!

Cinta vs Suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.


--->>hurmm..sebenarnya
kerinduan dekat incik Gemok!!!
Tu yang mood jiwang jeeeeeee.

Saturday, July 24, 2010

Aku tersinggung...

dengan gambar orang tua di atas.
korang teruja tak tengok aku tyme tua??hahahaaha

yang paling drastik 2 tang bulu kening..
pehhhh...aku nie tak penah cukur bulu kening..
tiba gambar tua..buang tebiat cukur kening lak..
adoi yai..
hurm..apa lagi ea???
hah..korang fokus tang hidung 2.
wakakakakaka..
amboi..
dah la hidung sekarang besar punye.
tiba-tiba gambar tua..fullamak..fantastik..
hidung aku kecik!!!

ahhhhggghhh..seram plak tengok gambar nie..
ala-ala mafia yang gileeeeeee
T______._____T



--->>aku tengok yang kekal
kat gambar tyme tua 2 hanya taik lalat
dan lesung pipi!!!suke suke suke.. (^_^)

Mana ada hidup selalu kat atas kan?

Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah,
untukmu wahai insan.
Terimalah dengan hati yang terbuka,
berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya.
Kerana pasti akan ada kemanisan,
disebalik kepahitan yang engkau rasai.
Wahai insan yang diuji,
jangan sesekali engkau merasa keseorangan.
Sesungguh, Allah sentiasa bersamamu.
Setiap derita yang engkau lalui itu,
sering diiringi rahmat ujianNya,
maka bersabarlah dan tabahlah.

ehem2...
senyum jela..bukannya susah sangat pun.

Wednesday, July 21, 2010

Eh..buah ada rambut

Oit...
buah rambutan la!!!
jgn pikir buah lain.

(^_^)


perggggghhh...
kuning nyeeeeeeee.

Proses mengupas.

tada!!!
huh...manis+sedap=mengancam =D


itu saja.nak sambung buat assignment sambil makan rambutan!!!

da~~~




--->>dalam tak sedar belog terchenta
nie asyik cerita pasal makan jer.
ishk...mak aku pesan "cube jgn buat
sesuatu yg menampakkan kamo 2 kuat
MAKAN"..hahahaha (^_^)