Wednesday, August 15, 2012

Magik Ramadhan

Hari ni aku rasa emosi sangat tidak stabil.
Mengenangkan ini Ramadhan terakhir sebagai pelajar di UNNITEN, Muadzam Shah Pahang. :')
Terus mata ni bergenang dan mengalir. ^_^

Ya Allah,
aku mohon, beri kekuatan untuk menghadapi hari terakhir di sini.

Terlalu banyak kenangan pahit manis.2009-2012.
Ramai kawan-kawan. Banyak gelak tawanya.
Susah senang mengerah keringat. Menelaah setiap subjek yang makin naik semester makin memerlukan kesabaran.
Dunia pelajar, pejam celik mesti kepala otak ligat berpusing fikirkan assigment, quiz, tutorial, presentation dan exam. Dan akan ada keluhan di setiap "virus" yang diberikan oleh lecturer.

Esok lusa aku akan rindukan suasana "serabut" ini. :')

Tuesday, June 19, 2012

Kosong

ada hati nak menulis tapi bila tersentuh keyboard ~hilang melayan segala nya~


Saturday, April 7, 2012

Tugasan demi tugasan tak pernah surut !


Wednesday, April 4, 2012

Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa ?


Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.
Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.
Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.
Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.
Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,
Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.
Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali
Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.





Sumber

Tuesday, February 21, 2012

Saturday, January 28, 2012

Date : 28012012
Location : Kamar beradu
Mood : emosi yang samar-samar

Assalamualaikum. Hai semua !


Hari ni kita busy. Busy kemas barang-barang nak balik kampus. Haaaaaaaaaaaaaaa...cuti dah habissss la wei ! Nak postponed cuti lagi la sebab kutipan ang pau tak capai target lagi nie !

Tak payah nak sentap dengan ang pau bagai. Siapkan bungkus apa yang perlu untuk dibawa balik ke kampus.

Hei budak-budak Universiti...Universiti Tenaga Nasional (khasnya) =P selamat kembali ke kampus ! Tekad dalam diri sempena tahun baru 2012 ni untuk tingkatkan lagi pointer dari sem lepas. Haaaaaaa..moh ubah cara belajar yang lebih baik dari sem lepas mengikut keselesaan diri sendri. Hei, tak semua orang cara belajarnya sama. =)

Ecewahhhhhhhhhh...kencang giler kau nasihat orang,dah macam pakar sangat !

Tuesday, January 24, 2012

Everything Jammed !

Date : 21012012
Location : Ipoh mali tarak sombong.
Mood : main air sampai terbakar


Assalamualaikum.


Hari ini dalam sejarah, dan lebih bersejarah 21012012 hari lahir ayah aku ! Dan bertambah sejarah berganda-ganda bila perjalanan nak bercuti ke Ipoh mengambil masa 9jam ! hoiiiiiii . . . normalnya masa macam tu dah sampai ke Perlis. Fuhhhhh . . . lebuh raya jammed ! R&R jammed ! Petrol pump jammed ! toilet jammed ! jalan lama pun turut jammed !


Nak tahu tak, kesan jammed yang aku lihat sepanjang lebuh raya tuuu . . .

Di tempat pertama, jatuh kepada kereta-kereta yang tersadai rosak mungkin enjin panas akibat terperap dalam jammed. Hooorayyyy . . .

tempat ke-2 adalah botol-botol atau bekas-bekas yang boleh menampung air semuanya berisi
air yang mirip warna air "zappel" a.k.a air kencing.Ahaaaaa...

tempat ke-3 jeng jeng jeng..makcik-makcik abang-abang kakak-kakak pakcik-pakcik adik-adik yang tak dapat menahan pundi kencing masing-masing lalu berhenti di tepi jalan dan membuat larian kecemasan ke destinasi pilihan.

amik kau ! orang nak raya..kau pun sibuk nak raya. haaaaa..bersapau la atas lebuh raya.

jeng

jeng

jeng

jeng

jeng




Tepat jam 12 suku malam 22012012 . . . check-in NAZRAH HOMESTAY ! perghhhh terbaikkkk! ada washing machine, sofa bed, buku-buku agama untuk dibaca (sempat jugak aku membaca buku yang disediakan), sabun basuh, siap microwave, cerek letrik, periuk nasik letrik, peti ais, air-cond, sejadah, plastik sampah, pinggan mangkuk, cawan, sudu, senduk, alas kaki, penyapu,mop . . .


TAPIIIII ingat ANDA TIDAK DIBENARKAN MEMASAK . . . (untuk keselematan) gulp !

Dengan mata yang tak berapa nak buka, majlis memotong kek sempena hari lahir ayah aku, acu(mak saudara sempoi...) dan alisya (sepupu aku).




Dengan perut dan mata yang dah makin JAMMED . . . kami pun ketiduran siap pakej kedengkuran. hahahahaha.



Lepas solat Subuh, sambung sikit lagi krooohhhhhhhh. Jam 9.30am...kami dengan rela men"JAMMED" kan diri beratur di kaunter tiket . . . . . . . . . .
2keluarga . . . 9manusia yang gila ! =P


Tak abis JAMMED kat luar, sambung lagi kat dalam taman tema air ni. . . . . . . . . . . . ! ! !


Aktiviti aku dan family kat dalam taman air ni . . . . . saksikanlahhhhhhhhh iyeee !
Di sebabkan semua nak mandi . . . tak de sape nak pegang kamera lagipun kamera aku tuuuu bukannya kalis peluru . . =D ops... "waterproof daaaa". Jadi . . . . .. banyak lahhh saat-saat indah yang tak dapat aku rakamkan tapi dah ku rakamkan dalam kepala otak aku. Paling best tengok orang suap ghimau makan. Selalunya ghimau makan orang.



PERINGATAN ! ! ! Tak semua manusia yang masuk dalam tu mampu sewa pelampung yang sekali sewa kena bayar 22hengget. Aku sewa 2pelampung. Leka tengok orang suap ghimau makan, 1pelampung aku kene chilok dengan sorang mamat. Semua family aku berpecah cari pelampung tu, sebab . . . setiap pelampung ada nombor siri yang sama dengan gelang kat tangan kita bila kita sewa pelampung. =) Akhirnyaaaa . . . ayah aku yang jumpa pelampung tu tersadai dekat dengan foodcourt. ^_^ JAGALAH PELAMPUNG ANDA !






Dah kecut berendam, perut pun mula menyanyi berlawan dengan mata yang mengantuk. Fuhhhhh . . . ngam la, acu aku plak telefon "hidangan dah sedia, anda di jemput makan" . . . apa lagi . . . Allahhummabariklana......fimaaaa...rozaktana...wakinaaaa..'azabannar. . . =D

Nak tao resepi nya, ikan goreng tawar, ulam-ulam, sup ayam, telur dadar, sayur bayam goreng dan menu utama BUDU ! perghhhhh . . .
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka ati.......ati dah suka mata lak ngantuk. Tarik bantal, semua berdengkur. Alip tak, ba pun tak, yang ada khooooooooooooooo ! ! ! =D
Sekian untuk ari ni !




Date : 23012012


Pagi-pagi lagi mak aku, acu dan maktam aku dah g pasar cari menu nak masak untuk bekalan nak g tempat berkelah di Ulu Chepor. Punyalah excited sebab ni 1st time aku sampai sini. Mula-mula tak nak mandi, tapi last-last semua mandi termasuk la mak ayah aku.

Menu Ulu Chepor.
Nasi putih.
Sayur campur.
Kerang rebus.
Ikan goreng tawar.
Ulam petai.
Ayam goreng. menu utama BUDU.
Air kelapa+mineral+cendol
muahahahahahahahaahahahaha.sodapppp !

Aktiviti bebas main air. =)
Salon percuma untuk rambut+facial "limited edition".
Teruna macho dalam keluarga. Perghhhhhhhhhhhhhhhh.. muntoh ijauuu =D
Perempuan melayu terakhir kena sumpahan bunian. =D wakakakakaka. Ada yang berkenan ?

Balik rumah acu ! Lagi sekali kiteorang lepak. Lepas solat isya', lapar daaaaaaaaaa..jom cari makan. Menu malam !
Nasi putih.
Siakap stim dan Siakap 3rasa
Kailan ikan masin.
Puyuh goreng.
Tomyam campur.
Udang goreng tepung.
Telur dadar.
Sambal belacan+ulam

Air tembikai !

Lepas makan, round di sini yowwwww !
Tempat untuk riadah keluarga. Futsal dan badminton.
Posing sebelum bertolak balik ke Seremban.
Kiri---> Mak tam aku yang vogue tapi sporting gilerrrr
Tengah---> acu aku yang "rock" tapi suwitttt dan romantik
Kanan---> ce tekaaaaa...who am I ? wakakakaka
Yang kecik tu sepupu aku . . . Piya . . . mulut diaaaa macam peluru. cerdik sangat.

Senyuman Banjaran Retreat !
Next vacation wei ! start kumpul duit laju-laju.
Tempat tu 1malam 5ghibuuuuu !
wow ! fitam . . . hahahaha

boy in green tu alif. . .hensemmm tapi pemaluuu...ewwwww =P
man in red pak tam aku. . . sporting, pemaluuu n penakut+penggeli! opsss...hahahaha
boy in red kt depan tu, adik bongsu aku ! tinggi lampai ,hensom (bg mata aku la) manja dan sedikit gatal.muaahahahaha.love You !



Terima kasih Ipoh, permulaan kenangan 2012.

Thursday, January 19, 2012

In Pain

Date : 19-01-2012
Location : Teratak Syurga
Current mood : In pain . . . :')

Tuesday, November 22, 2011

Peringatan

minta maaflah kepada semua,
orang yang memaafkan orang lain,adalah penghuni syurga...

minta maaf dan bertaubatlah sebelum anda tidur,
mati bila2 masa...
mungkin juga tidur kita malam ni merupakan tidur terakhir di dunia...

bertaubatlah atas segala dosa di dunia ini..

Thursday, October 13, 2011

Doa dan Harapan

assalamualaikum readers !




"This only what I can do for the final exam and I got best mark too. Hehehehe. Thanks for give me strength !"

via BBM dari adik bongsu aku. Dak DEBAB.

sebak bila baca. Sungguh perasaan itu menguasai diri.
Inilah hasil tangan dia. =')


Untuk DEBAB.
You deserve it coz You have the effort to be the
best in YOUR future.



bakal top chef ! Insya ALLAH.







CikDa : entry di kerah sehabis laju sbb tugasan semester ini sangat-sangat melampau ! sekian.

Saturday, October 8, 2011

Berharap

assalamualaikum

agar semester ini aku mampu bertahan
dan
punya semangat yang kuat untuk hadapinya.


dengan subjek-subjek yang makin menyukarkan utk aku ber'enjoy'

Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday #3








Pemalas !

Assalamualaikum.

PERHATIAN :

INI ADALAH ENTRY YANG BANYAK DENGAN TULISAN. DAN ENTRY NI YANG PALING PANJANG YG AKU ADA TANPA ADA GAMBAR SEBAB AKU MALAS NAK EDIT ! Selamat membaca. hahahahaha


Semasa menaip ni,aku baru lepas mengimbas kenangan zaman peralihan mencari ilmu ! Sungguh rindu semua yang lepas-lepas.

Ayuh kita mulakan dengan TADIKA. Hah,waktu hingus masih meleleh ke mulut-jilat-telan, dengan rambut di tocang dua ! Waktu tu kau pakai macam mana pun, semua puji kau budak comel nak cubit-cubit pipi. Dari sini, kau mula belajar M, membaca-menyanyi-mengaji-melantak. Mula belajar cari kawan yang kalau gaduh akan ada chorus “tak nak kawan sudah nama kau dolah…tek kau sebelah” ! Ataupun..kawan-kawan kau main nama mak bapak ! Itu macam jadi perkara wajib kalau tengah bergaduh dengan kawan. Haip…Jangan bohong la kalau kau tak pernah lalui semua nie.

Peralihan yang lebih drastik bila kau masuk SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH ! Serius,kau memang tak suka SEKOLAH dan semua yang berkaitan dengannya. Sebab bagi kau terlalu banyak peraturan ! Kalau kau langgar…denda menanti. SIAP SEDIA tiap kali ada perhimpunan . Nama kau akan automati popular masa tu jugak ! Sebab dapat anugerah “pelajar paling bermasalah” ! Hebat ! ! !

Masa kau DARJAH 1-6,kau pakai beg sekolah yang siap dengan roda. Kemain berlagak kau bila datang sekolah dengan beg beroda. Dari jauh dah dengar tayar beg kau! Sreetttt sreeetttt . Itu dah cukup buatkan kau bangga sebab kawan-kawan kau datang kerumun kau sebab nak tengok beg beroda kau tu ! Tapi kau kedekut tak nak bagi kawan kau usik atau cuba walau sekejap ! Kau takut roda kt beg kau tu tercabut. Pathetic !

Bayangkan, kau ada lebih kurang 6matapelajaran. Yang mana setiap darinya perlukan 3buah buku yang berlainan jenis. Contoh, buku bahasa melayu. Cikgu nak 1buku laris lurus 60mukasurat,1buku log yang panjang dan 1 lagi buku garis lurus 120mukasurat. Hah. Kalau dah [ 6matapelajaran x 3buah buku ] + 6buku teks yang tebalnya tak hengat + bekas pensil besi + botol air+ bekas makanan ! Kau buat lah pengiraan sendiri. Dalam sehari tu,mau dekat 30buku kau bawak untuk class yang mula dari 7.30pagi sampai 1petang. Adalah lebih baik angkut semua buku-buku yang ada daripada kena denda dan jadi perhatian waktu perhimpunan nanti.

Masuk SEKOLAH MENENGAH ! Hei…kau dah mula demand ! Yang paling ketara adalah beg. Tak kan la nak pakai beg beroda lagi kan. Hah, kau mula menunjukkan minat pada beg-beg sandang belakang atau beg sandang sisi yang berjenama. Yang popular CONVERSE.

Hah..seterusnya jumlah buku yang kau bawak makin sikit. Mana tak nya, kau cuba me”limit”kan buku sekolah supaya beg kau tak nampak kembung ! Malu lah kalau beg kembung-kembung nie ! Masa nih, subjek pun lebih kurang dengan SEKOLAH RENDAH. Mana buku-buku yang kau rasa tak guna kau tak bawa. Hah,waktu macam ni kau dah panjang akal. Nama pun masih fresh lagi kan. Jadinya, kau tinggalkan buku teks bawah meja. Kau hanya bawak buku tulis je dari rumah. Heaven sebab beg kau sangat-ringan.

Tak pun kau guna sistem barter dengan geng kelas sebelah. Contoh : kawan kelas sebelah kau bawak buku teks sejarah dan subjek tu mula sebelum rehat, dan jadual subjek sejarah kau mula selepas rehat. Jadi kau boleh la pinjam buku sejarah kawan kau tu kan.Kelebihan bukan kalau kau kenal semua kawan-kawan dari kelas lain.

"CAMPUS LIFE". Kau dah jadi mahasiswa/wi. Kau dah mula “renovate” diri agar sEtanding dengan gelaran siswa/wi. Masa ni pakaian adalah bebas. Maksudnya kau tak terikat dengan mana-mana peraturan. Baju pergi kelas pun kau main hentam je asalkan tak jolok mata. Kadang tu sampai tak dapat nak bezakan antara pelajar dan pensyarah. Ishk…sungguh ! kadang nak tegur “Assalamualaikum..selamat pagi Puan/Sir/Miss/Prof”. Dan kau senyum-senyum malu. Ahhhhh..bajet pensyarah la nanti..betul tak?

Hah. Macam tu jugak dengan kasut ataupun selipar jepun yang kau sarungkan tu ! Tapi masa nih, selalunya simptom lebih menyerang siswi. Hei, perempuan kan. Mestilah nak tunjukkan style dan style kau tu jadi perhatian ramai. Selendang lilit ala hana tajima, cardigan yang coraknya English style, skirt paying terjun dan ntah apa-apa lagi la.

Lagi…hurmmmm..Kau akan berjalan dengan geng-geng yang sama taraf. Masa jalan tu,handphone sentiasa di tangan. Tak kan kau tak nak tunjuk kecanggihan I-Phone @ I-Pad @ sekurangnya blackberry. Tak style la der benda-benda canggih duk simpan dalam beg.

Cakap pasal kelas. Hala…boleh tengok jadual tu sebelah mata je. 1hari ada 2subjek. Ada yang lagi best bila jadual kau banyak lopong-lopong,yang mana kelas 1 ari 1 subjek ! Kau mmg pandai susun jadual. Paling penting tak banyak pun buku yang kena bawak. Cukup bawak buku teks dan laptop. Done. Owh,ruang yang masih kosong dalam beg? Isi lah dengan alat-alat mekap kau !

*Kau dalam entry ini adalah AKU !




Eh.Dah lah sampai sini je. Nanti aku sambung apa yang aku tak suka pasal kehidupan kampus nie. OK.Stay tuned. Eh…. Assignment ! Jap lagi aku telaah kau ea.

Sunday, September 25, 2011

Sila Jaga Kelakuan


Tdi kan aku macam tak ada kerja,so nampak pulak handphone dekat ngan siku. Apa lagi,terus dail nombor kesayangan si adik bongsu !

A : Assalamualaikum.dik..wat pe?

B : on the way mao tidoooo.hah..npe?

A : minggu ni balik x?

B : hah..along balik kan? Kalau balik..org pun balik laaa…

A : hah..nnti bawak balik BB tao..jgn lupe

B : BB mende ! ayah beli NOKIA N73 je untuk kau.hahhaahha

A : woiiiiiiiiiiiiiiiiii ! bawak balik jgk BB tao ! jgn lupe *cuba untuk bertegas dgn harapan dia takut. BB stand for BroadBand ! Ape..ingt BB tu BlackBerry je ke? Ishk…

B : hahahahahaahahhahahaa *gelak menganjing

A : dah2 tak payah nak gelak sgt.g tido.esok class kul wape? Class along kul 10am-12pm pehtu kul 3pm-5pm

B : hah..bestnye jadual.orangnye dr pukul 9am-5pm.penuh tao

A : padan muka !

B : long.nak tao tak..ayah dh pakai BB.mak pakai I-phone

A : fefetttt la ! *dlm hati..dak ni mmg nak kenekan aku nie.

B : ea long.xtipu.ptt la masa org balik haritu kan ayah buat xtao je bila ada msg masuk. Hah..bila dh sampai umah baru ayah tgk ! perghhhhh..ayah pakai BB dol.

A : hah..ea lettewwww *masih blur2 nk caye ke tak

B : hek…mane ade tipu la..ni betul-betul..nnti kau balik…buat2 nak pinjam ayah nya phone,cakap nak telefon org. Kalau ayah tak bg kan..tu betul-betul ayah pakai BB la !

A : arrrggggggggggg…xnak cayeeeeeeeeeeeee ! Ok.jap g along nak call ayah

B : la…nape nak call plak…

A : eh..nk pastikan ayah pakai BB ke tak. Ishk..jap g nak call jgk !

B : tak payah call..nnti ayah marah orang sbb bagitao kt kau.hurm..ok.cam ni la.minggu ni kite balik.kite tgk. Kalau betul ayah pakai BB ko nak bg ape?

A : hah…pasal plak ? *choiiiiii ! sesuke ati die je nak tawar menawar !

B : ea la..cepat2..kalau orang betul nak bg ape? Halemakkkkkk..lambat sgt la along nie. Hah,kalau orang betul kau belanja TOPUP RM10. DEAL *word deal tu di tekankan !

A : hek? Itu je???

B : hah…ea la

A : tengok dulu cam ne…

B : cepatlah cakap DEAL !

A : hahahahahahhahaha..cam budak-budak la..ea la DEAL DEAL DEAL. Done!

B : orite..jgn nak kelentong oit oit ! kalau tak bertelur dahi tu !

A : hahahahaahahahahahahahahahahaha..mane leh ugut-ugut. Wa kan KAK LONG !

B : Ingat.BERTELUR DAHI tu nanti.Hahahahaha. dah2..jumpa ari khamis nanti.kite tgk. Hah..nak ckp lagi nie. Hari tu org balik kan. Mak kat dapur tao tgh buat ketupat. Orang dukung mak letak atas bahu org nie.

A : oiiiiiiii ! ! ! ! ! *mmg aku jerit tahap abes volume nie.. kot ea pun nak membongak..xpyh la smpai hardcore cm tu sekali. Vongok oit oit la dak nie

B : hahahahahhaa..ok la.bye.nak tido. assalamualaikum

A : ok2..nyte.waalaikumsalam.esok g class jgn tuang class !

Hadesssssss…senak perut kalau duk melayan adek2 aku nie.

Alhamdulillah,nasib dpt 2orang adek yang masuk air je. =D kalau ramai…mao 5minit sekali fitammm…hahahahhaa =D

Banyak Pilihan

Assalamualaikum

Makanya di sini *dah macam nak berhujah pulak nak bagitahu yang baru-baru ini mak aku ada offer sesuatu ! Ok.sesuatu yang best sebab benda ni satu fenomena. Ahakkkksss.Menggelabah bagai fenomena ! Benda ni kalau pakai memang sangat-sangat haptodate la ! Hahahahaa. Hek, melalut dah nie. Sambung balik pasal offer td. Mak aku offer "antara I-pad ngn blackberry yang mana idaman hati". Huh.macam pantun !

Ala.cam mana ni. Nak buat amik yang mana satu ni ! Hurm......

Tak payah la fikir sangat.

Tunggu dan lihat apa yang bakal aku dapat.

Kadang banyak sangat pilihan,membuatkan kita fikir banyak kali kesan-kesan jangka panjang yang bakal terjadi. Ohooooo....

Tak sabar nak balik minggu ni ! Nak amik I-pad or Blackberry. Kot-kot aku rajin..aku akan reveal kan pilihan hati aku tu.

Jangan Jadi Bangsat !



Anak : Hello? Emak masuk hospital ya?
Emak : Ye nak. Uhuk... Uhukk...
Anak : Err nak saya balik ke?



Sesuai dengan
"kecik-kecik tak nak mampus..dah besar kurang ajar"

Saturday, September 24, 2011


Assalamualaikum


which one will promise us a happy ending?
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
to be with someone that you love ?


or

to be with someone who love you ?





Friday, September 23, 2011

Otak Sempit ?

Assalamualaikum.

Di FACEBOOK sekarang ni banyak sangat perubahan yang jadi. Konon-konon nak upgrade tahap paling senang..Tapi bagi aku... "hoi..pasal makin hari makin leceh makin banyak songeh !


Cukup lah,aku nak study "button" baru yang ada kt FB nie. Subsciptions ? Alahai.


Sekian.


Thursday, September 22, 2011

Update Cecepat


Assalamualaikum

Muadzam, Muadzam. Ok,dah sampai Muadzam sejak 4hari yang lepas. Sem ni lebih mencabar. Subjek semua tak payah cakap la,semuanya stok pecah kepala. Macam sem-sem lepas, hopefully aku dapat la seiring dan sejalan dengan lecturer. Dapat catch up apa yang di ajar !

Yang bestnya, sem ni ada lecturer lelaki. LELAKI. Ok.bukan nak gedik-manja dgn lecturer tu tapi dah lame der aku asyik dapat lecturer perempuan je. Lompat bintang kelip-kelip bila tengok jadual ada "BIN". hahahahaha.

Result ? Hei, so unexpected ! Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan. Tak sia-sia berjaga sampai lebam demimu wahai FINANCIAL STATEMENT ANALYSIS & FINANCIAL MARKET INSTITUTION !

Cukup sampai sini aje. Maklumlah, segala assignment sama ada individual or group dah beratur panjang untuk 6subjek !

Cantik kan ? ? ? Ni aktiviti paling best bila lecturer tu syok sendiri bila mengajar. Makanya,aku pun syok sendiri la jugak,duk perasan berlari-lari dengan kekasih hati. Ewwww....Jahanam !

Monday, September 19, 2011

Hello housemate baru,bye bye housemate lame

Assalamualaikum

Aneh,
aku tiada jiwa untuk hadapi semester ini.

Terima kasih atas kenangan kalian,
walaupun ianya sekelumit cuma,
namun ia tetap berbekas di hati.



..to be continued...
tak sanggup utk teruskan penulisan ini. Perasaan tak menentu,